Assalamualaikum readers,
Hmm.. Actually semalam nak cerita dah pasal pergi PBAKL tapi sebab penat plus plus malas sangat hari ni baru saya update. So, I loved yesterday damn damn much ;) Me so happy and my friends too. Puas hati sangat! Sebab dapat beli novel and and dapat jumpa para penulis yang awesome ;] Lagi lagi, Kak Ain Maisarah. Bukan senang nak jumpa tauu. So lets we start..
Around 7.30 a.m. , Shamine called me. Dia tanya.. "Hello. Dah bangun?" Me replied, "dah." Then, "dah mandi." Me replied "belum." Ohohoho o.o Sebenarnya kan wehhh, tak bangun pun lagi :3 Hahahaha. Lepas dia letak, sambung tidur balik. Teruk betul Aniqah ni kan? Pukul 7.50 baru bangun sebab alarm dah bunyi and papa kejutkan. Lepas tu, bangun la mandi pakai baju semua. Mintak papa and ibu duit :3 Hehehe, papa kasi rm80 ibu kasi rm50. K untung sangat! Ini la kebaikan menjadi anak yang rajin. Hehehe. Pukul 8.30 macam tu pergi rumah dia. Then, bertolak. Awalkan? Semangat gila pukul 8 lebih dah bertolak. Pergi fetch Amira Natasya dekat rumah dia pastuh pergi.. Last Aniqah jumpa Amira masa open house rumah Nisha. Itu pun tak berapa rapat masa tu, cuma senyum je. Tapi masa pergi PBAKL, rapat kot la kot. Even macam baru kenal. SKIPSKIPSKIP.
Sampai PWTC, terus serbu Jemari Seni yang bertempat di Dewan Tun Hussein Onn. Oyeah, nak pergi booth tu pun punya la sesak and ada traffic jem. Nasib baik kita tiga orang pegang tangan.. Kalau tak sorang dekat utara, sorang dekat selatan sorang lagi dekat barat. Elok sangat la kan. Lepas tu akhirnya dalam 'kemasaman' bau pengunjung PWTC, sampai jugak booth JS. Padahal dekat je kot booth tu dengan pintu masuk tu. Sampai je, habislah Shamine dah rambang mata. Nasib baik tau dia dah buat list. Kalau tak buat, satu booth tu dia nak beli ~,~ Then, habis tu dia pergi bayar. RM140 lebih macam tu la jugak. Ish ish ish.. Nasib baik cukup duit kk. Lepas tu, dia pergi mintak sign dekat Kak Ika Madera..
Hahaha, siap dapat resepi free of charge lagii....
Ini la novel yang dibelinya dalam SATU BOOTH SAHAJA! Ok memang boros betul. Muahaha, tapi kalau dah minat.. Jangan halang, kalau tak nanti sampai termimpi-mimpi makcik ni. Opss. Sebab dia beli banyak ni and harganya banyak sangat.. Dia dapat hadiah...
Beg Jemari Seni dua sebab dah melebih 100 ringgit. Hampir nak dapat tiga cuma beberapa sen sahaja. Kalau tak dah tiga beg JS dia dapat.. Dan juga...
Apa nama binatang ni? Lupa saya. Pape pun, dia dapat benda ni 3. Satu dia ambik, satu dia kasi Amira satu dia kasi saya. Xiexie Shamine ;) Hehe.
Kemudian, perjalanan diteruskan ke booth Karya Seni. Booth itu hanya beberapa langkah je dari booth Jemari Seni.. Aniqah rambang mata juga tapi ditolak ke tepi. Beli mengikut list in order aje ok. Jangan boros, Allah marah. Tapi hampa! *ayat bukan main* Saya hampa! Hanya satu novel yang ada dalam list in order je yang ada dekat situ. Yang lain macam pisang gorang panas. Letak je dah habis. Novel yang diingini, suami aku ustaz dah dirampas oleh orang lain. Ceh cehhh, padahal pemalas punya orang! Bukan nak pergi ambik dekat lori tu. Tengok saya dah termimpi mimpi cerita dalam novel tu. Ecewwwahhh.. Novel yang dibeli adalah..
Tolong buang buku 'Aku bukan Mistress' dengan 'AD + IZ'. Sebab dua novel itu dibeli di Kaki Novel. Alhamdulillah, dapat rm5 diskaun! Untung kan? Buku yang rm19 cuma bayar rm14 je. Buku sebenarnya saya isteri dia tu harga asal rm30 tapi diskaun dapat rm25 je. Berbaloi baloi! ;) Diskaun pulak satu buku RM5. So, Aniqah dapat diskaun RM15! Yippiee ~
Kemudian, kami keluar daripada Dewan Tun Hussein Onn dan mencari kelibat booth paling pink di ruang legar. Oyeah, booth siapa lagi kalau bukan Kak Ain Maisarah! Penulis paling saya salute! Hahahaks! Cari punya cari, dari jauh baru nampak sebab terlebih pink sangat! Tapi memang cantik. Sure menang booth paling cantik di dunia. Hahaha, over k over. Jalan nak pergi situ pun dah lupa dah Shamine dengan Amira dekat belakang. Obses sangat. Sampai je terjengket jengket nak tengok Kak Ain. Wow! Memang comel gila nak mampus. Chubby k chubby plus cantik k cantik :) Nak tengok novel yang dijual pun macam tunggu orang nak bunuh diri *menipu* Bila dah dapat, fikir beberapa tika.. Akhirnya, akibat rambang mata tak ingat dunia.. Aniqah pilih pakej rm100. Sebab masa tu dalam poket ada 3 keping not rm50. So, watlek ahh. Papa bukan halang pun. Kepada orang yang beli pakej, tak payah beratur terus je duduk dekat kerusi yang tersedia sambil menunggu giliran. Tapi saya baik hati :3 Beratur jugak. Hehe. Ini la pakejnya...
Dalam pakej tu ada 6 buah novel terbitan baru, 6 novel comel yang hanya didapati di PBAKL, 2 badges, 2 penanda buku limited edition dan satu secret box. Memang berbaloi tau sebab 6 buah novel tu dah rm98. So, barang lain tu dapat free of charge. Novel comel tu kalau satu rm3. Jadi dapat diskaun rm20 ke rm30 macam tu la. Untung k untung! :)
While waiting my turn...
Ambil gambar Kak Ain bebanyak. Walaupun orang pembaca tu tak dikenali. Hehehe :) Masa suami Kak Ain tu nak bagi turn orang pakej dengan orang yang tak beli pakej, Suami Kak Ain tu kata la..
Suami Kak Ain: Mula mula adik ni lepas tu adik ni *sambil tunjuk saya*
Lepas tu Kak Ain kata, lepas ni sayang ye *cakap dekat saya*
Yeayyy! Kak Ain panggil saya sayang. Hahahaha :D Over happy kot. Lepas tu tibalah turn saya!
Kak Ain: Nama adik apa? *suara comel gila. Macam kartun. Hihi*
Me: Aniqah.
Kak Ain: Sekolah mana ni?
Me: SMK Taman Desa.
Kak Ain: *berfikir* Kuala Lumpur?
Me: Tak la. Rawang.
Kak Ain: Oh Rawang. Macam mana tahu perkembangan Kak Ain?
Me: Err err.. *asal gagap ni*
Kak Ain: Facebook?
Me: Angguk.
Kak Ain: Selalu ikut perkembangan Kak Ain la?
Me: Hehhe, a'ahh.
Kak Ain: Jom ambik gambar masuk facebook.
Lepas tu, Kak Ain sign. And aku salam tangan dia.
Kak Ain: Form berapa?
Me: Form two.
Kak Ain: Oh, tahun depan PMR la? Buat betul betul tau.
Me: InsyaAllah.
Jelly jelly one two jus please? Hahhaaha :D Kak Ain bagi semangat wo! And saya pun dah bersemangat wo! Hehehe ;) And ini la gambar gambarnya....
Kak Ain sedang mengambil pakej rm100 yang dibeli oleh saya :)
Kak Ain sedang sign..
Gambar daripada page Kak Ain :) Hihihi. Bangga sehh. Kembang kuncup meletop dah hidung ni.
Gambar daripada kamera saya.. Berserta............................
Autograf kak Ain dan love you Aniqah. Hahahak. Actually, benda tu dekat semua pembaca yang jumpa Kak Ain ada. But still macam, one in a million. Ecewwahhh..
Kak Ain and Amira Natasya. Both cute aitee? Hehehe ;) Kak Ain memang awesome. Even Kak Ain dah penat sangat melayan pembaca yang ramai gila tapi Kak Ain still senyum dan senyum.
So, lepas tu kitaorang bye bye to Kedai Pink AinMaisarah. Sedih :'( Tapi kena teruskan perjalanan ke booth Kaki Novel yang berdekatan. Its okay. Next year, panjang umur still boleh jumpa Kak Ain. Hehe ;)
Sampai booth kakinovel, again.. Kami rambang mata :3 Actually, Aniqah takde pun list in order yang nak beli dekat kakinovel. Tapi sebab tak kesampaian nak beli buku dekat KaryaSeni, beli la dekat kakinovel. Mula mula nak ambik M.A.I.D pastuh cancel ambik Bini aku tomboi ke? Pastuh letak balik. At last ambik buku Aku bukan Mistress and AD + IZ. Gambar telah pun Aniqah tunjuk dekat atas. Scroll up balik k. Then, beratur tunggu turn nak mintak sign Kak Acik Lana. Ni gambarnya...
Dia tengah sign for me! Hehehe ;)
And this is what I got. Hehehe :) Awww, she called me comel and laling? And and... Seksinya bibir Kak Acik Lana! Hehehe. Masa salam tu akak ni tanya "Umur berapa?" Me, "Empat belas." Kak Acik Lana balas... "Comelnya." Hehehe :) Awww! And ni gambar kitaorang dua...
Awwww ~ Kak Acik Lana memang awesome plus cantik gila! I want to meet her again :) Really miss youu. Hihi. Eh eh cop cop, muka aku macam %$#^* ok ok. Hahaha, muka kelaparan.
Shamine pula waiting nak ambik sign from kak apatahh..
Akak dua ni. Yang tudung pink tu comel gila.
Ini la 2 buku yang dibeli oleh Shamine dan autograf yang dia dapat..
Muka puas hati Shamine bertemu penulis kegemaran dia. Hahaha :D
Lepas tu, bye bye PWTC. Perutku berbunyi buat konsert Avril Lavigne. Hekhek :3 Penat gila plus tangan sakit gila ok ok. Sebab apa tauu.. Buku tu berat then letak dalam plastik beg so dia macam tercalar calar jariku. Hohoho :p Then we dicided makan mcD. Burrrpppp, tiga set mcChicken kami order dan melantak puas puas tiga set mcChicken tu. Memang ohsem en en. Hahaha, perut kecik makan banyak! Hahaha akibat penat plus lapar sangat, melantak je la kerjanya kan. Habis makan kitaorang buat kerja gila aje la kan... Cop cop actually ada beberapa benda yang berlaku yang NEVER EVER saya lupakan. Hahahaks! Shamine and Amira, memang kita macam errrrr.. Hahaha, tak boleh lupa perkara yang terjadi kat kita for the first time hang out. Hehe, nak tahu? Tak nak ah cerita. Nanti kauorang gelak guling guling sebab ejek kitaorang o.o Tutup aib sendiri. Jangan jaga tepi kain orang ok ok. Oh ye, lepas habis makan.. Kitaorang buat....
Snap picture! Hehehe, two badges yang Aniqah terima. One SB school satu lagi, The Wannababes. Oh yea, wannababy pun boleh. *gelak comel sikit* ekekeke.
Muka Shamine. Aku snap without told her. Ekekeke :P
Comel lettuww? Okokoko :P Hahhahaha. Overdose kejap.
Amira Natasya yang pemalu! Hekhek, malu la sangat. Nak ambik gambar je tutup muka -,-
Hi :3 Saya comel dan saya tahu. Hahahaha, perasantan. Ok ok, tarik balik kata kata saya. Puas?
And then, kitaorang pun balik.. On the way tu still sempat snap picture more..
Kesengalan kami terselah. More picture dekat facebook saya ok ok. Pergi la terjah before Aniqah tutup album tu. Hihi, atas permintaan Shamine so kena la tutup en.
PBAKL PWTC memang best. Memang kauorang rugi gila kalau tak pergi. Macam macam booth ada tapi Aniqah tak sempat pergi semua. Ingat nak intai jugak booth Gempak Starz tapi ramai sangat lelaki. Lelaki minat komik ek? Apa bestnya -,- Langsung tak jiwang :3 Peace! Hehehe.. So rasanya ni aje yang nak dishare with you guys. Assalamualaikum and bye!
p/s: Sorry sebab lambat sangat post entry ni. Actually dah buat entry ni dari hari Isnin hari tu. So sorry guys!
No comments:
Post a Comment