Tumblr_m54o1zvdv01r62sewo1_500_large
Assalamualaikum and hollaaaaaaaaaaa :b *jerit dari tempat tinggi*

Hahahaha ok firstly, HELLO DECEMBER! Yeayyyyyyy lambatnya aku update -.- Padahal dah berapa hari bulan pun! So lagi sebulan lagi nak sekolah and hanya tinggal sebulan je nak enjoy puas puas sebelum PMR masuk meminang! :p Lol ok aku tak nak kahwin dengan pmr pun apahal meminang -.- Over ah aku ni. OK OK! So I just came back from Terengganuuuuuuuuuuuuuu~ 5 days 4 nights. Yang bestnya malam malam kan aku tidur dengan anak sepupu aku yang muda-mudi semuanya. Eh eh, aku tak tua lagi. I mean, yang masih kanak-kanak ribenaaa, so malam malam kita orang main perang bantal :p Terserlah kebudak-budakan aku. Bak kata Kak Wa, biar luaran dah matang tapi dalam jiwa masih muda riang remaja. Cehh bajet muda ah kononnya :p

And now, start merindu-rinduuuu Kak Wa yang super duper awesome, Ellysa *eh aku tak tahu nak eja nama si kecik ni* ok ikut ibu ahhh, Ibu called her 'cik sopeahh'. And then, Akim, along, Ayish, Amir, ahhh senang cerita semua lah aku rindu :p

So on the first day,

Tak ingat lah berapa hari bulan sebab aku update entry ni lambat -.- Lepas siap pack barang semua, letak barang barang dalam kereta sonata. Ibu dengan papa naik kereta sonata, me and angah naik kereta wira sebab kereta wira nak hantar bengkel nak cat baru. Best gila ah naik dengan angah kononnya macam angah ni dah ada lesen je -.- Padahal takde lesen pun. Watlek watpis bawak kereta sampai Batu Caves. Bila sampai Batu Caves, kereta sonata pulak buat hal. Gearbox ke apa benda aku pun tak tahu rosak. So papa decide untuk balik rumah and balik kampung bawak kereta Waja. Masa tu dah lapar gila, aku suruh papa beli mcd dulu. Yang aku takleh tahan time tengah tunggu pekerja mcd tu bungkus semua, boleh lagi pekerja tu nak ngorat aku -____- Pffft depan ibu papa pula tu.

Balik je rumah terus makan then ambik balik barang dalam kereta sonata letak dalam kereta waja. Papa suruh angah bawak kereta sonata dengan aku while ibu naik kereta waja. Naik kereta sonata je me and angah buat muka bajet again kononnya ada lesen :b Kah kah kah. Ada tu polis lalu tepi je tapi dia orang cuma pandang pandang je. Muka aku ni dah nampak macam dewasa ke? :b Lepas hantar kereta dekat kedai uncle alen, terus otw balik kampung. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz i'm sleeping in le car sampai lah Maran. SKIP.


Next,

Apa aku buat eh .__. Hahhh duduk rumahhh jaga bebudak and jagaaa si kecik, cik sopeahh :b Hihi she's so cuteee to the max. Kalau nak dukung dia kena jalan! Dia tak kasi duduk kalau tak dia menangis. Memang boleh kurus lah kalau dukung dia tu.

Itu lah Ellysaaa. Dia bangun tidur je terus aku ambik gambar dia :b Muehehe. Malam tu lepas dia tidur, me and Kak Wa pergi jalan jalan dekat Sure Gate. (actually sebutan dia Sura bukan Sure) Pergi naik motor. Masa teman Kak Wa beli apa tahhhhhhh mamat tu pandang pandang .__. Amagad awak jangan jeles ok orang nak ngorat saya. Lalala. Time balik lalu tepi pantai. Naik motor so confirm ah sejuk en -.- Menggigil kot. 

Third day,

Semua orang pergi rumah ayahda dekat Kuala Berang tapi aku dengan Kak Wa kena tinggal .__. Sedih kot tak dapat jumpa ayahdaaaaaaaaaa. Rindunya diaaaaaaaaa :( Balik je dia orang semua bawa balik durian, rambutan, manggis (my favourite!!!) etc. Rugi gila kot tak pergi! Menyesal -.- 


Next,

Pukul 9 pagi Kak Wa kejut aku ajak pergi pasar sebab nak buat bbq. Lepas beli ikan, kerang, ayam, sayur and all things untuk memasak baru balik rumah. Lepas tu rest kejap. Pukul 3 macam tu, tolong Kak Wa buat sos, rebus kerang pastu cucuk hotdog tu semua. Ikan and ayam, family Kak Ta buatkan. Pukul 5 camtu dia orang dah bakar arang semua. Lepas tu semua family dah berkumpul. Dah lama gila tak kumpul ramai ramai pastu buat aktiviti macam ni. Abang memang dia jeles gila ah tak dapat join.



Aku malas nak upload gambar -.- Lagi pun banyak gambar aku tak pakai tudung so gambar ilekkk :b Hihi sorry sorry. 


Last day,

Pukul 11 macam tu bertolak from Dungun to Kuantan. And then, sampai je Kuantan pergi rumah kawan papa. Aku malas nak keluar so duduk dalam kereta dalam 2 jam macam tu. Angah masuk je aku ugut dia *dengan cara cekik dia macam pencuri* suruh dia drive pergi jalan jalan cari makanan. Lapar kot and bosan gila. Lepas tu kita orang gelak gelak lah pastu makan semua dalam kereta. Lepas tu baru balik. Sampai rumah je time tu dengar jiran sebelah jerit 'goaaaaaaaaaal' cepat cepat buka tv. Hehehe. 


Dah la tu je yang aku nak post .__. Actually aku dah buat entry ni since last week tapi buat sekerat sekerat then save. Hari ni baru aku siapkan sampai last day. Malas gila kot nak update :b Hihi so sorry okayy. Dah ah bye guys assalamualaikum and take caree :)


No comments:

Post a Comment