Assalamualaikum guys.
Hmm sekarang aku selalu update blog pepagi buta kan. Well new hobby while waiting subuh :) Actually aku dah cuba sedaya upaya kot nak tidur tadi tapi tak boleh so on balik wifi and ambik laptop, update blog! Nak share somethings ni. Tapi aku pun cerita benda ni semua berdasarkan buku-buku yang aku baca je. Well sekarang ni aku suka sangat baca buku agama and yeah tu bagus kan? Papa banyak sangat beli buku agama tapi takde orang baca so aku bacalah and ambik iktibar.
So hari ni kecoh sangatkan kononnya dah kiamat bagai. Haihh manusia manusia .____. *mula gaya membebel* For sure, semua orang nak meninggal before berlakunya kiamat. Sebab takut sangat nak hadapinya. Tapi kita kalau kita mati sebelum berlakunya kiamat tapi amal kita still tak cukup macam takde bezanya juga kan?
Pagi tadi bosan sangat aku baca lah buku 'Asas-asas fardu ain by Arwah Ustaz Sulaiman Endut'. Yes Arwah sebab dia dah meninggal selepas siap terbitnya buku ni. Actually buku ni dah lama ibu beli tapi baru pagi tadi aku baca. So start cerita balik eh......... Rukun iman kelima apa? Yes. Beriman kepada hari akhirat maksudnya kita wajib beriktikad *apa maksud beriktikad eh?* dan meyakini hari akhirat. Bila waktunya, tiada seorang pun yang tahu.
Ok so nak share pasal tanda-tandanya. Ada dua, tanda-tanda kubra (besar) dan syughra (kecil).
Syughra - Tanda-tanda awal bahawa dunia ini akan kiamat tetapi waktunya masih panjang, masih ada waktu untuk bertaubat, dan masih ada peluang untuk kembali ke jalan Allah.
Kubra - Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dunia sudah hampir benar ke saat hancurnya dan pintu taubat sudah ditutup ketika itu.
Tanda-Tanda Syughra.
(Aku bagi yang mana aku mampu taip je eh korang? :b)
- Apabila susut dan kurang ilmu pengetahuan agama dengan kematian seseorang yang alim di dalam sesuatu cawangan ilmu yang tertentu dan tidak dapat diganti.
- Apabila merebaknya kejahilan mengenai ilmu agama dengan sebab kurangnya orang yang suka mempelajarinya.
- Zina berlaku berleluasa, arak diminum di mana-mana.
- Jumlah kaum wanita melebihi kaum lelaki.
- Apabila orang yang berkata benar dikatakan pendusta dan pendusta dikatakan orang yang benar.
Tanda-Tanda Kubra.
1) Terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya sejenis binatang yang dari perut bumi yang pandai berkata-kata dengan manusia (Dabbaatulardh) . Susunan kejadian alam sudah berubah.
2)Munculnya Imam Al-Mahdi.
Beliau adalah keturunan Rasulullah s.a.w., namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah. Akhlaknya dan budi pekertinya menyerupai Rasulullah demikian juga bentuk leher, dahinya dan mancung hidungnya. Beliau memerintah dunia ini dengan adil dan saksama. Beliau mengembalikan syariat Islam, menegakkan sunnah Rasulullah. Beliau berada di bumi memerintah dunia selama 7 tahun.
Beliau adalah keturunan Rasulullah s.a.w., namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah. Akhlaknya dan budi pekertinya menyerupai Rasulullah demikian juga bentuk leher, dahinya dan mancung hidungnya. Beliau memerintah dunia ini dengan adil dan saksama. Beliau mengembalikan syariat Islam, menegakkan sunnah Rasulullah. Beliau berada di bumi memerintah dunia selama 7 tahun.
3)Keluarnya Al-Masih Dajjal. Al-Masih Dajjal ertinya ahli dusta dan penipu besar.
"Sebenarnya Dajjal itu ialan seorang pemuda yang rambutnya kerinting, matanya timbul (buta sebelah) dia akan muncul di satu jalan di antara negeri Sham dengan negeri Iraq, serta dia melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai. Allah telah menurunkan Nabi Isa a.s berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyek. Maka Nabi Isa a.s pun mengejar dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama 'Lud' lalu dibunuhnya" (Actually yang ni aku ada skip sikit! Panjang sangat kot)
4) Turunnya Nabi Allah Isa a.s.
Ketika itu dajjal masih bermaharajalela. Nabi Isa telah membunuh dajjal tersebut dan menjadi hakim (raja) yang adil dan jujur memerintah dunia ini. Beliaulah yang akan memusnahkan salib orang kristian dan membunuh babi-babi dan menghapuskan jizyah (cukai kepala). Satu-satunya agama yang tinggal ketika itu adalah agama Islam. SKIP SKIP!
5) Keluarnya bangsa Yajuj dan Ma'juj. Kaum ini pernah muncul pada zaman Raja Zulkarnain tetapi dipenjarakan oleh baginda dengan tembok besi yang tebal dan tinggi. (Ok pasal tembok ni aku pernah baca dekat buku apatah dekat popular hari tu. Kedudukannya takde siapa pun yang tahu) Apabila hampir kiamat, tembok itu akan diroboh, lalu kedua-dua kaum itu akan merosakkan dunia. Ok skip. Allah menghantarkan sejenis ulat bagi menyerang leher Yajuj dan Ma'juj, lalu mereka mati.
6) Timbul asap seluruh bumi. Asap ini mengenai orang mukmin lalu mereka semacam terkena penyakit selsema tetapi jika terkena orang kafir dia akan menjadi mabuk terhuyung-hayang dan asap itu akan keluar dari hidungnya, matanya, telinganya dan .............
7) Rosaknya Kaabah Baitullah di Masjidil Haram. Ia dirosakkan oleh sekumpulan bangsa Habsyi. Lalu diikuti oleh kawannya mencungkil batu-batu Kaabah dan dibuangnya ke dalam laut.
8) Hilangnya tulisan al-Quran dari mashaf dan daripada hati umat Islam.
9) Penghuni dunia tiada lagi yang beriman. Selama dunia masih didiami oleh orang yang beriman yang menyebut nama Allah, maka selagi itulah dunia ini masih belum kiamat. Maksudnya pada waktu itu semua orang yang ada ialah kafir.
Apabila sangkakala yang pertama ditiup, semua makhluk yang bernyawa akan mati. Tiupan kedua, semua makhluk akan dihidupkan dari kubur masing-masing dalam bentuk asalnya seperti mana mereka di dunia dahulu.
1) Baath atau kebangkitan dari alam kubur.
Orang yang mula-mula sekali dibangkitkan ialah Nabi Muhammad s.a.w diikuti oleh umatnya kemudian para nabi dan pengikut-pengikutnya. Masing-masing dibangkitkan dengan keadaan yang berbeza-beza (terhuyung-hayang bagaikan orang mabuk, bagai orang gila, ada yang menangis) Semuanya bergantung pada amalan masing-masing.
2) Hasyar iaitu berkumpul di padang Mahsyar.
Semua makhluk, manusia, jin, haiwan dan lain-lain semuanya akan dikumpulkan di padan Mahsyar ini. Tujuannya ialah untuk dibicarakan oleh hakim yang maha adil iaitu Allah. Tidak terlepas satu pun dari pengadilan Allah. Keadaan manusia ini juga berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang rupanya macam babi, monyet, ada yang berjalan kakinya di atas dan kepalanya di bawah, ada yang tuli dan pekak, ada yang nanah keluar dari seluruh badannya dan macam-macam lagi.
3) Syafaat 'Uzma (pertolongan terbesar yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w)
Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah agar disegerakan hisab ke atas manusia lalu diperkenankan Allah. Selain daripada Nabi Muhammad s.a.w., nabi-nabi yang lain, para alim ulama, para syuhada (orang yang mati syahid) juga diberi keistimewaan oleh Allah untuk mereka memberi syafaat masing-masing. Syafaat itu adalah syafaat kecil, seperti memasukkan seseorang ke dalam syurga tanpa hisab.
4) Mizan atau Timbangan Amal.
Semua amalan manusia semasa hidup ini dicatatkan oleh malaikat Raqib dan 'Atid. Segala jenis perbuatan sama ada baik atau buruk tidak terlepas daripada catatan malaikat tersebut. Sesiapa yang amalan baiknya lebih berat akan menerima buku amalannya dari sebelah kanan (Ashabul Yamin) dan mereka ini akan masuk ke syurga. Maka yang jahat akan menerima buku amalannya dari sebelah kiri (Ashabul Syimal) dan sudah pasti mereka masuk ke nereka.
5) Titian As-Sirat.
Setelah selesai manusia diadili oleh Allah, masing masing telah tahu akan balasannya dan keputusannya yang sama ada mereka termasuk di dalam kumpulan ahli syurga atau ahli neraka. Mereka semuanya akan melalui titiaan Sirat Al-Mustaqim. Titian yang diletakkan untuk menyeberangi lautan api nereka, di kanannya terdapat banyak pengait untuk mengait kaki sesiapa yang berhak dikait. Orang yang terkait kaki itu ada dua golongan.
1) Golongan yang gugur jatuh ke dalam lautan api neraka itu ialan orang yang pada masa hidup di dunia telah terkait, terpengaruh, dan terpedaya dengan hasutan syaitan atau nafsu liarnya sehingga terjatuh ke dalam lubuk kejahatan sampai matinya tanpa sempat bertaubat.
2) Golongan yang rebah bangun, rebah bangun dan akhirnya selamat sampai ke seberang. Mereka ialah orang yang pada masa hayat di dunia kerap kali dikait, dipengaruhi, dan diperdaya oleh syaitan dan nafsu amarahnya melakukan maksiat. Tetapi pada tiap-tiap kali mereka jatuh ke dalam satu kesalahan, mereka segera mengingatkan azab siksa Tuhan, lalu mereka menyesal dan bertaubat sampai mati dalam keadaan taatkan Allah.
Golongan yang istimewa dapat menyeberang titian Sirat dengan jayanya dan selamat ke Syurga :)
6) Syurga dan Neraka.
Syurga ialah tempat balasan yang paling nikmat yang kekal abadi yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang soleh. Nikmatnya tidak terhingga. Ada tujuh buah syurga iaitu Jannatul Firdaus, And, Ma'wa, Naim, Darus Salam, Darul Muqamah, Al-Maqam, Al-Amin.
Begitulah juga neraka ada tujuh peringkat iaitu Jahanam, Jahim, Hawiyah, Wail, Saqar, Sair, Ladha dan Hutamah. Kekuatan panas api ialah 70 kali ganda kepanasan api dunia ini. Sementara makanan ahli neraka pula adalah buah Zaqqum iaitu sejenis buah yang pahit rasanya dan busuk baunya, mendidih di dalam perut apabila memakannya yang akan menghancur dan memutuskan tali perut.
Finally, I'm done! :) Sejam kot aku menaip ni semua tapi takpe lah sebab nak share dengan korang and aku pun memang dah biasa taip banyak-banyak macam ni. Well benda ni semua tak semestinya tepat atau pun betulkan tapi yaaaaaaaa nak tepat baca makna al-Quran okay? Dari pukul 5.30 sampai 6.30 aku taip phew phew. Terasa insaf sekejap. Eh jangan ah sekejap biarlah insaf selamanya kan kan kan........ Aku tak baik. Aku banyak silap. Aku banyak dosa. Aku share sebab saje-saje nak share ilmu. Tak salahkan nak share apa yang kita baca? Cuba korang renungkan berapa banyak dosa yang korang dah buat? Cuba korang fikir layak ke korang masuk ke syurga? Cuba korang fikir dah cukup ke amalan korang untuk diadili oleh Allah kelak? Kalau kiamat berlaku selepas korang mati pun, keturunan korang akan menghadapinya. Jadi doalah bebanyak harap-harap mereka dapat tempuhi hari kiamat tu kan? :) Hmm dah lah bebel dah macam ustazah je aku ni :b Muahahaha dah dah lenguh tangan dah ni. Bye assalamualaikum! -AniqahZulkifli-
No comments:
Post a Comment