Thank you, 2012! xx

                  Tumblr_mfbmc5ungd1r10kqro1_500_large
Assalamualaikum guys.

So macam yang dijanjikan.................... *drum* Hahaha ok tak lawak. Aku nak buat flashbacks 2012. Actually aku dah post pun satu gambar dekat Instagram tapi tu flashbacks memories 2012 dengan semua le' girls. And ni macam keseluruhannya lah. Itu pun kalau aku ingatlah tapi ni kebanyakkannya aku kena check balik semua old post :b Terlupa dah! Ini pun apa yang aku ingat je aku taip balik.

January.
First day sekolah, I'm a student of 2 Fasih. Masuk je sekolah aku macam blank gila tak kenal sesiapa. Serious aku tak berapa nak kenal semua budak fasih and ehsan. Hahaha sombong gila aku masa form one. Ok I admit .__________. Tapi nasib baik ada Sheera, Aida and Azreen. We're such a bestfriends at that time! Tapi sampai sekarang macam bestfrieds. Tapi masa first first tu aku cuma rapat dengan Sheera and Azreen je. Hahahaha ingat lagi Aida cakap 'kenapa Aniqah macam senyap je' Wuhuuu ingatan aku kuat lol. Waktu English aku ingat Puan Rosiah puji aku wohoooooooo. Over ok over. 

Lepas seminggu macam tu tercampak dengan kelas Fasih, cikgu naikkan aku balik dekat kelas Gigih dengan Yuin Jen, Chor Pei En and Mega kot. Amira pun naik kelas masa hari sama. Masa first day dekat kelas Gigih was such a nightmare!!!! Lol over je ni padahal. Ayat apa eh Cikgu Rahimah cakap? Errr ayat bunga-bunga, I guess. Bla bla bla, and yeahh I got my spectacles on 21th of January. Hahaha dah nak setahun lah maknanya aku bermata empat kan o.o  And then, dapat jadi family cak. Ok rindu gila cak yang dah pupus. Hahaha pupus lol pupus. Padahal ada je tapi cuma dah berpecah and bla bla bla.

February.
Ok apa eh yang berlaku bulan ni................. Think think. Hmm semua post bulan february aku merepek merapuns je -.- Mula mula pasal e'e lah pastu pasal Syed Syamim ke apa tah nama penyanyi yang nyanyi dengan Tasha bla bla bla pastu jogging lah pasal ehh semua merepek lah! So I guess, february cuma bulan biasa bagi aku. Tidur, sekolah, online, makan, jogging. Hahaha hobi aku je :p

March.
Hmm march adalah bulan ujian so yeahhh semuanya  berkaitan ujian and bla bla bla. Lepas tu masa cuti sekolah yang seminggu tu, balik kampung. Lepas tu masa 19th of March......... Erm actually tarikh ni ada dua makna bagi aku. First sebab birthday Nabila second sebab............. Hmm nak tahu tanya sendiri ah. Lol tu pun kalau aku nak jawab lah kan. Ok so nak cerita part birthday Nabila lah. Sehari sebelum birthday dia aku demam, so makan ubat takkan nak makan jeruk -.- Alhamdulillah, masa birthday dia tu aku dah sihat. So pepagi buta pergi serbu rumah Shamine nak buat cupcakes! Lepas tu kita orang suprised dia masa dia datang sekolah, kasi dia hadiah tu semua. 

April.
Ok sumpah rasanya, April was one of the best month! Seriously.  Bulan April, sekolah Ideal Heights ada buat karnival kot rasanya. Tapi........................................ Aku tak dapat pergi :( Sedih gila tak dapat jumpa 
kawan kawan yang dirindui. *ehek ehek*  Ni semua sebab papa kena kerja time karnival tu. Sebab apa eh. Jap aku lupa. Hmmmm sebab perhimpunan bersih tu kot. Rasanya lah. And then the second things is.................... PBAKL PWTC! Wohoooo kepada penggemar novel macam aku dengan Shamine memang kita orang excited kebabom gila lah kan. Yelah aku dah kumpul duit beratus-ratus since last year semata-mata nak beli novel :D And yeahh aku ingat rasanya aku habiskan rm200 lebih camtu dekat sana.

Pepagi buta dah kena bangun sebab kita orang naik komuter dari Rawang to PWTC just dengan SHAMINE and AMIRA NATASYA. Hehehe berani gila kan kita orang. The best things happen is.................. Dapat jumpa Kak Ain Maisarah and Kak Acik Lana! Wohooooo the lovely support from them untuk PMR next year and dapat hug and kiss from Kak Acik! Rindu gila ah time tu. Masa nak pergi booth tu semua kita orang terpaksa pegang tangan bertiga then tangan berbelit-belit sebab ramai gila orang. 

Aku tak ingat pula pukul berapa kita orang balik tapi rasanya pukul 6 lebih camtu aku dah dekat rumah dengan dua plastik buku novel yang berat gila. Hahahahaha memory paling tak lupa dengan Shamine and Amira adalah................. Biarlah rahsia weh! Memalukan je -.- Random images yang aku jumpa balik.

Waktu menggila time balik dari mcd Rawang dalam kereta Shamine. Lol. Dekat The Mall ke apatah ramai gila orang so kita orang terpaksa makan dekat mcd Rawang.

Ni paling aku suka suka sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa! I'm supporting Kak Acik Lana since jumpa dia hari tu. Setiap hari je check blog dia baca PYPAC! And yeah sekarang dia dah nak jual PYPAC buat hmmm tak tahu nak beli ke tak................ PYPAC serious buat aku gila bayang dengan K-Kim! Amagad I can imagine betapa handsomenya K-Kim! Opsss I mean, the real K-Kim tau bukan watak novel. Lol jangan jealous eh awak!

Second things...................... Masih terngiang-ngiang suara kartun Kak Ain. Hahaha comel gila kot! Masa nampak je gerai pink dia, aku excited gila! Dah macam nak tinggalkan Shamine and Amira kat belakang je. Thank you Kak Ain! :)

Ok so ni antara novel yang aku beli time tu. Padahal banyak lagi kot tapi aku tak jumpa gambar tu dalam blog ni -.- Top five novel yang aku paling suka! Kalau baca novel sambil hayati watak memang akan rasa best gila. Novel paling buat aku gila bayang.......... Sebenarnya saya isteri dia. Aku suka gila jalan cerita dia and cara Kak Zura panjangkan cerita dia sampai jadi macam kamus dewan! Lebih 800 muka surat kot. 

For me, novel paling sweet and buat aku tersengih-sengih kononnya aku yang tengah alami apa yang terjadi dalam novel tu are Sebenarnya saya isteri dia, Suami aku ustaz, Cinta Kontrak and Senyum Sampai Langit. Novel paling sedih, Andai Itu Takdirnya. Aku baca novel tu asyik tarik je tisu sekotak sebab sedih gila! Hahaha ok nampak sangat aku ni Novel'holic.


Ni je gambar aku dengan Shamine yang aku jumpa. That badge, Shamine dapat free time beli novel JS. Dia dapat tiga so dia bagi kita orang satu. Thank you Shamine (:

p/s: Abang and Kak Diyana's birthday were on April xx

May.
May........ What should I say............ Kalau bulan May confirm as a student busy study sebab time tu adalah midterm exam!!! Ahaha so I guess, May was not a best month for me cos we're busying study and study and of course............. STRESS TO THE MAX! Ahaaaa I love my midterm exam's result. I wish, my midterm exam's result adalah my final year exam's result! Urghhh final exam punya result sumpah macam haram! Midterm punya result rasanya dapat 3A and tu result paling bagus setakat ni -.- Bad I'm bad. Okay. Btw, 9th of May was angah's birthday. So, aku dah berjaya buat suprised birthday for him. Hahaha what a lovely sister kan kan? :] 


June.
Maybe June best kot. Sebab cuti 2 minggu time tu kan? But idk macam mana nak flashback balik -.- Sebab tak banyak post pun time June. Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ok tbh I hate June actually :p Ahaha *evil laugh*  Ok nothing to say -.-

July.
I loved July sooooooooooooooooooo much! And of course August too. Sebab apa? Ramadhan! Okay cerita dulu what happened on 1st of July. Went to Banting with le' family sebab papa nak beli virago, I guess! So yeahhh finally, papa dapat beli one of his wishlist, motor besar! Ahaha secara tetiba papa nak beli motor besar tapi yang selalu bawak tu angah je. If abang was here, abang pun akan selalu bawak dengan muka bajet gilosss dia tu. And yeahhh motor tu adalah birthday present from papa untuk diri sendiri! Wkwkwk. I just missed uncle and aunty yang kita orang jumpa dekat Banting tu and of course anak lelaki dia yang baik gila dengan aku and angah. Abang tu baik gila and peramah gila. Handsome? Boleh lah. Muka dia macam Paiz. Paiz handsome kot! So dia handsome ah. Eh eh apasal aku tetiba puji Paiz ni -.- Ok tarik balik. Paiz tak handsome! Muahahaha xp (p/s: Papa's birthday on 11th of July)

Ok start balik......................... Ramadhan! Hahahaha first time pergi terawih with Shamine's mother and brother. We're wearing black Jubah and hahahahaha lawa gila kami! Muahahaha puji diri sendiri *ehek* Sumpah ah last aku pergi terawih 4 years ago before ibu sakit and tahun ni dapat pergi macam................. Ahh terima kasih, Ya Allah :') Itu pun aku gilir-gilir pergi terawih. Kadang-kadang papa pergi, kadang-kadang aku pergi. Almost everyday pergi bazar ramadhan with angah. And then, pergi iftar dua kali dengan my le' girls. First dekat pizza hut with Shamine, Amira, Nasuha, Aida, Farah and Azreen. 


Ini namanya malas nak upload gambar bebanyak tau -.-" Loading lembab nak mampus! Errr.... Ok so second times, iftar dekat sekolah dengan Amira, Farah, Nasuha, Aida, Sheera, Aisyah and lain lain....


Ok aku terskip one best thing happened dekat sekolah...................... For us.............. Kelab Fotografi................ Bawa dslr tapi yang banyaknya muka kita orang. Hehehe ambik kesempatan lol. So I just loved semua random imaged di bawah ini.........................


Ok guys. Sorry for uploading this picture! Muahahahahaha lawak okay dengan muka tah pape camni -.- Dont worry I'll delete it soon, insyaAllah!

The best things in our life is.............................. Ada kawan yang sporting plus comel plus happy go lucky macam ni! Muahaha rindu gila time ni. Menghabiskan masa pjk dengan snap picture etc. I hope next year ada pameran fotografi again! InsyaAllah!

I know her this year (I mean, last year? Tapi tak ingat kenal ke tak) but idk why I loved to be her friend! Dia sporting, dia yang suka buat aku happy time bad mood dalam kelas! Oh ya, naib pengerusi kko yang suka gaduh dengan pengerusi :D Lol kko means................... Should I share to you guys? Nope! Hahaha biarlah menjadi rahsia 2 Gigih! (Tak semua budak 2 Gigih tahu padahal) Campak kertas yang ada lukisan budak perempuan plus kata-kata semangat, hobi Farhana! I'm so sad bila dapat tahu dia turun Fasih :( Hmm..

One more things, pergi kursus fotografi time July but why aku lupa -.- Hahaha nasib ingat balik. Best gila lepak dengan Shamine and Fitri. *cough* I hate the moment happened dalam bas. Ya Allah, minta dielakkan daripada aku buat macam tu lagi! Amin amin! Paling lawak tengok Shamine and Fitri tidur. Wkwkwkwk ok apa yang lawak entah -___- Lepas tu dia orang bergaduh time ambik gambar air terjun ke apatah. 


Fitri yang bajet gilossssssssssssssssssssssss. Ok tak lawak -.- Rasanya tu je apa yang berlaku masa bulan July. Harap takde yang aku skip lah! 

p/s: Shamine's birthday on 19th of July. 

August.

August.................. Bulan yang aku paling tunggu-tunggu! Hahahaha of course ah birthday sendiri en -.- Eh copp. Raya! Hahahaha ok so tahun ni first time beraya dekat kampung without abang and Kak Diyana :( Dia orang balik seminggu lepas tu kot. 

Bla bla bla................ On my birthday *ehek* Apa yang paling aku terharu sangat :') Sampai je sekolah, Aida, Paida dengan siapa lagi tah dia orang berdiri keliling aku pastu nyanyi lagu 'happy birthday'. Lawak pun ada tapi terharu ahhhh siot. Ok lupa nak cerita. Masa pukul 2 a.m. time birthday aku tu, tetiba abang called. Ingatkan dia call nak wish happy birthday tu semua je. Dia tanya ah aku 'tengah buat apa?' aku cakap ah 'tengah online je'. Aku ingat eh semua yang berlaku time birthday aku tu :p Lepas tu dia cakap 'cuba buka pintu jap. Orang ada kat depan rumah ni.' Aku cakap tipu. Dia cakap betul ah ce tengok.

So aku pun buka lampu depan sebab gelap -.- Aku kan rabun. Last-last memang betul dia ada dekat depan rumah dengan pakai kemeja ala-ala hawai (angah cakap sebab berbunga-bunga) dengan kawan dia, abang Azrul. Aku masa tu dah macam terperanjat plus nak menangis. Patutlah Kak Diyana cakap 'nanti buka pintu pukul 2 lebih macam tu, ada orang hantar hadiah pakai baju bunga-bunga'. Lepas buka pintu je aku masuk dalam kejut angah, ibu and papa. Semua tak percaya cakap aku -.- Angah cakap aku gila ah, entah-entah tu hantu. Ibu dengan papa pun sama. Bila aku cakap 'betul. Tu abang bukan hantu' sambil menangis sebab terkejut baru ah nak percaya. Semua terperanjat. Abang cakap 'saje nak balik awal nak celebrate birthday adik'. He gave me a cute penguin and one bag from Japan. Masa celebrate tu rasa macam family aku complete ah even Kak Diyana tak balik lagi. Kak Diyana balik lewat 3 hari sebab ada kerja dekat lab.

September.
1st of September dah best sebab pergi open house with my le' girls. Pergi rumah Hasanah, cikgu Syaza, Shamine and Athirah. 

                            

(mood malas taip dah sampai -.-) The 'best' moment time dekat rumah Hasanah lahhh -.- Mentang mentang aku takut dengan arnab yang besar (dalam gambar tu Aida tengah pegang), Aida pergi takutkan aku! Aida duduk sebelah aku pastu dia ambik arnab tu. Aku jauhkan diri daripada dia, tapi dia pergi bawak arnab tu makin dekat dengan aku. Sampai sakit pinggang aku elak and.............................. sampai keluar air mata -.- See saya pengecut dengan arnab tau awak! Jangan berani bela arnab! Lol. Dia orang boleh je gelakkan aku. Mata dia bulat sangat kot! S e r a m. Kalau kucing comel je meow meowww. Hahahaha ni pun lepas aku bela Opin! Uhuk :( Opin dah hilang and I guess dia dah mati :( Sebab dia tak balik balik rumah. Rindu Opin! Aku ada letak rantai huruf O tak silap aku and time tu juga aku pakai rantai huruf A. Ok sweet tak tuan Opin ni! Ihihihi. And now aku nak bela anak kucing warna kelabu yang suka main sorok-sorok dengan aku ni. Comel je. (Dah kenapa aku pergi cerita anak kucing bagai ni) 

Lepas tu, berapa hari bulan tah pergi Morib with abang, Kak Diyana, angah and parents Kak Diyana. Best gila gila wooo! Hahaha tu pun maybe sebab dah lama tak holiday dengan abang and Kak Diyana. Waktu malam best je pergi apa tah nama tempat tu then makan seafood banyak gila! Mak Kak Diyana belanja. Dia tahu aku suka makan kerang, dia order lagi sepinggan suruh aku habiskan! :b Memang buncit aku lepas tu (ok tipu)


Kak Diyana curi-curi ambik gambar ni time aku tembak air dekat angah and abang! Hahaha jealous tak dapat swimming time tu. Keesokan paginya lepas breakfast baru dapat swimming.


Time ni sempat pergi sampai hujung pantai. Time petang so air surut. Memang cantik sangat sangat, subhanallah :) 

And then, september........................ So open house. 


Maybe I should not post this picture................ Sebab Azreen and Fitri dah............... Btw I missed Dani so much! Dani dah macam anak sedara aku sendiri je :b Gambar tengah tu sangat weirdo! My face omg :o Ok nevermind who cares. Dani, aunty missed you so much! Kalau Dani datang lagi confirm best gila. Lagi-lagi kalau abang Farid and Kak Sue datang confirm dia bagi aku angpau~~~ I mean, duit $.$ Hahaha ok aku bukan mata duitan actually -.-

The last one.................... 29th Of September :'( Arwah Pak Jid menghembuskan nafas yang terakhir di Mekah. Aku dah dengar cerita from the first sampai last daripada Mak Pah time Mak Pah cerita dekat Kak Ain. Aku terdengar so aku sibuk duduk sambil dengar, Afiq pun sama. Semua orang nak hembuskan nafas yang terakhir dekat sana, arwah dah dapat :') Untungnya arwah. Dapat sama liang lahad dengan bayi yang tak berdosa (maksudnya terhindar daripada seksaan kubur), arwah selesaikan semua kerja di dunia sebelum dia meninggal (Pak Jid ajar Kak Ct berdikari dan beli barang-barang yang Kak Ct pernah minta), sebelum Pak Jid meninggal, Pak Jid tak pernah tinggal suruhan Dia. Ya Allah :') Adik rindu Pak Jid! Sangat sangat. *crying* Semoga tenang di sana, al-Fatihah.....

October.
Aku tengok post lama, bulan october ada 3 entry je -.- Sikitnya. Maybe sebab sibuk dengan study untuk final exam. October kan bulan final exam tu semua. Apa yang best masa october, raya haji first time balik Johor Bharu! Seriously. Raya dekat sana best gila. Sangat sangat best! Even orang Johor cuma sepupu angkat, atuk angkat, mak cik angkat tapi semua sporting!

Malam sebelum raya aku, papa, angah and Afiq pergi pasar karat. Bukan nak beli apa pun, saje jalan-jalan. Kalau ada abang kita orang selalu pergi dengan abang. Selalunya angah dengan Afiq yang selalu beli baju, tapi malam tu takde beli apa sebab tutup cepat sangat.

Masa pagi raya, nak pergi solat sunat hari raya tapi atuk and Kak Ct tinggalkan aku :( Tu lah aku terhegeh-hegeh nak mandi semua. Bila Mak Dah ajak pergi, aku dah malas sebab gastrik. Lepas tu Mak Pah ajaklah aku makan ketupat dengan rendang and ayam apa tah aku lupa dah -.- Tapi sedap gila! Lagi-lagi ketupat tu atuk buat sendiri untuk cucu-cucu kesayangan dia :D Bodek atuk. I'm wearing my black Jubah Maxi (masa iftar dekat sekolah tu). Afiq sibuk pakai baju melayu warna hitam -.- Nyibuk! (Actually aku dengan Afiq bila depan depan sangat pemalu and pendiam okay, dekat whatsapp punya kecoh!) 

Lepas dia orang balik daripada tengok kawan mereka a.k.a lembu yang hendak disembelih, *muahahaha* aku, Kak Ct, Kak Yan, Kak Huda and Kak Ain pergi mana tah, lupa dah dengan pakai baju raya. Semangat wooo~~~ Balik-balik je semua membebel kata kita orang melarikan diri daripada kena masak. Aunty Chom, atuk and others masak sup daging. Sumpah sedap gila gila! Setiap kali nak makan je mesti aku kena makan dengan Mak Pah. Best gila makan dengan Mak Pah. Boleh meletop perut sebab kenyang :b 

November.
Freedom from final exam............ wohoooo! Hahahaha lol -.- So the last day being senior was so much fun! Main lumpur plus hujan with Farah, Nasuha and Syakirah macam budak-budak :b 


With Amira and Nasuha! Mon and Susu! :D

Sumpah macam tengah tanam padi time ni -.- Budak form one yang tengok kita orang pun confirm pelik gila :B



Gue dengan teman-teman teringin banget pakainya itu tudung sebegini :b Omg. Hahahahahaha ok.

                      


Aku nampak............................ Weirdo. Lepas tu keluar dengan Nasuha and Amira je actually tapi ada jamuan dengan classmates time tu. Me, Nasuha and Amira shopping banyak gila! :D Yang paling best Amira belanja kita orang br 5 scoops ahhh! Teringin gila nak ice-cream very berry strawberry! If ada orang kasi aku 2 scoops ice-cream tu, memang aku sayang dia sangat sangat ah :b (ok bodek je ni padahal). And then Amira belanja aku dengan Nasuha t-shirt :b Hehehehe dah lah t-shirt kita orang sama. Takpe takpe, kawan kan :b Hahahahaha.



 Dahhh aku post sampai November je. Sebab December punya apalah sangat kan :p Duduk rumah ternak lemak je takkan nak share jugak berapa kali aku makan sehari? :p Hahaha okay dah tu je lahh. Penat dua hari aku menaip tau! Panjang berjela ah entry kali ni. Hehehee. Happy new year guys! Good luck for those who're born on 96, 98 and 2000. Good luck UPSR, PMR and SPeimmm! 

Assalamualaikum and bye guys! xxx

p/s: Excited ke nak sekolah? Risau gelabah tahap gaban paling banyak! Takut tak boleh bangun je! :b 





No comments:

Post a Comment