Assalamualaikum hello hello everybody~
Okay actually nak buat dua post asing asing tau but yknow what aku dah banyak lupa what had happened dekat kem kenaikan pangkat lans koperal and koperal so yeah mari kita gabungkan everythings yang happened to me dalam masa 2 minggu ni.
Last two weeks, ada latihan kawad kaki and balik tu suddenly Aida called me and asked nak pergi kem kenaikan pangkat ke tak masa tu ya Allah serious confuse gila sebab last minutes call and dengan takde papanya. Who want to help me kemas every stuff? Tapi last last pergi juga akhirnya. Kemas every stuff malam tu cuma ada beberapa je tak. Esoknya after kawad, lepas minta restu daripada Puan Sharifah ((ceh cam kahwin pulak ekekeke)) balik rumah jahit lencana selangor then mandi semua dah siap pergi sekolah. Dia orang dah nak masukkan beg dalam kereta. Sampai btp tengok semua orang dah makan. Duh we're late actually!
Then tetiba Fatin Najwa datang. I was like ahhh Fatin ke tu? And we're hugging each other. I asked her 'siapa je dak sekolah kita yang datang?' ceh dak sekolah kita cam aku ni dak Ideal Heights je kan. Lepas tu kita orang pasang khemah. Me, Aida, Yaya, Azreen, Amy and Wawa together-gether pasang khemah. Ahh problem! Khemah satu benda tu tercabut and dengan kreatifnya kita orang mengikat khemah tersebut menggunakan kreativiti sendiri wkwkwk hebat yknow! Lepas tu lapor diri dekat tuan and kita orang dah kena buat ujian bantu mula. Ya Allah sumpah blank gila and idk what to answer! Satu apa pun pasal bantu mula tak belajar! Masa tu kan, I blame myself sebab jarang pergi perjumpaan lol.
Malam tu, for gugirls kita orang buat ujian fr the anduh. Aida and Azreen partner while me partner w other school. Nama dia Ain. Macam brutal pun ada dak ni but well dia friendly. Kita orang berempat banyak kali kena marah dengan puan-puan di situ akibat ikatan buku sila kita orang salah lol. Malu gila! Lepas banyak kali diajar oleh Puan Zaini, alhamdulillah boleh gak. Lepas tu tidur kruhh kruhhh~~ Jangan kau ingat kita orang nak tidur awal. Sempat lagi taking some pictures dalam khemah lol.

((picture from Aida via twitter))
Esoknya pukul 4.45 pagi dah bersemangat bangun ko tahu! Wkwkwk sebab tak nak menunggu giliran mandi so bangun ah awal awal. And then solat subuh dengar tazkirah semua. And then kita orang bersenam, nyanyi lagu negaraku and KRS. Ko kena tahu yang aku tergagap nyanyi lagu KRS wkwkwk! Tak hafal doh. Lepas tu kita orang kena lari 2.4 km dalam masa kurang daripada 17 minit. Alhamdulillah aku lari dalam masa 16 somethings. Takleh lari laju doh sebab perut kosong.
Lepas tu ((i cant remember)) tapi kita orang ada ujian kawad kaki, kerohanian, ikatan. Rasanyalah. Kerohanian alhamdulillah tak fail even tak baca wirid lepas solat. Puan tu baik yknow! Kawad kaki pun alhamdulillah tuan tu baik. Dia bagi arahan sikit tak garang lah. Ikatan pula aku tak sempat buat satu. Azreen pulak ada tolong aku buat satu ikatan hehehehe nasibku baik doh!
Malam tu ada ujian bertulis. Tak adil kot! Aku duduk jauh gilaaaaaaaaaa daripada dia orang -.- Duduk sebelah dak dak lelaki. Yang Azreen, Aida, Yaya, Amy dengan Wawa sebelah depan belakang je. Kuaja betul! Haish. Mula mula dia kata sejam so aku buatlah lambat lambat tapi last last dia kata 5 minit lagi makkooooooo kelam kabut aku jawab. Yb pulak sibuk datang tanya "dah siap ke belum?" Tapi alhamdulillah lah still boleh jawab.
Oh ya, malam tu akibat khemah kita orang patah ditiup angin lol. Kita orang dibenarkan tidur dalam masjid. Serious kita orang buat masjid tu macam kita orang punya. Lepas sesuka hati. Wawa dengan Amy tak habis habis perli dak dak boyan tu lol funny! Then ambik gambar semua. Wawa takutkan Aida sampai Aida menangis wkwkwk lawak sungguh! And then call pakai phone Aida sebab phone dia free call.
Esoknya, kita orang ada ujian kecergasan lagi. Buat tekan tubi 30 kali dalam seminit, lentik badan 20 kali dalam masa seminit etc. Yang paling best angkat beban 50m! Aku angkat Azreen peh nak patah belakang aku doh. Tapi yang aku pelik macam mana tah Wawa and Amy boleh angkat aku. Aku punya lah duduk dekat belakang dia orang asyik tanya 'tak berat ke? kalau tak larat berhenti dulu'. Agaknya dia orang pun nyampah dengar aku tanya soalan sama je time tu lol.

((picture from Wawa via twitter))
Lepastu kita orang buat khidmat masyarakat. Kemaskan kawasan khemah etc. Lepastu kena pakai full uniform untuk majlis penutupan. Mengantuk gila kot. Aku asyik terpejam pejam je mata menahan mengantuk. Lepas habis tu semua kata bye lah ambik gambar lah. Kita orang ambik gambar sama sama. Me, Azreen, Wawa, Yaya and Amy wish Aida sambil hug ramai-ramai sampai dia menangis lol. Orang lain semua pandang je kita orang lol who cares.

((picture from Azreen via twitter))
Haih rindu kot time tu. Btw, masa tu uniform aku tak beli full lagi. Beret dengan boot tak beli lagi. Masa tengah makan tu tetiba Cikgu Azura datang bawak list.
Aniqah Kopral
Time baca tu ya Allah I scream and ran to Azreen and hug her lol! Sumpah happy tak terkata kot! Lepastu balik je terus nak cari Shamine nak bagi tahu dia boleh pergi sarjan and staf sarjan sama sama. Masa nampak Shamine tu lol. Jangan ko tak tahu. Aku dengan Azreen jerit nama dia then kita orang bertiga lari then peluk kuat kuat. Semua yeay boleh pergi sama sama macam bebudak.
Lepas tu duduk stayback dekat sekolah dengan Aida sebab ada kawad kaki petang tu. Then Wawa, Amy and Azreen datang terus jadi kecoh. Duduk depan sekolah bila ada orang lelaki lalu mesti cakap 'ha tu boyfriend kau' sampai tergelak-gelak. Lepas balik camp kita orang terus jadi rapat gila lagi lagi perangai masing-masing sekepala.
Masa latihan kawad, bila aku jerit je dia orang cakap 'woo koperal dah marah' pfft pftt -.- Alhamdulillah kita orang dapat buat dua formasi dalam masa 2 jam lebih even banyak tunggang-langgang dan dalam keadaan stress. Semua asyik nak bertekak je. Yang aku, Paida dengan Nabila bila dia orang bertekak kita orang nyanyi 'I dont care! I love it!' lol lagi nak buat orang bertekak ada lah :p
Esoknya.................. Kawad kaki peringkat sekolah. We're wearing our half uniform, beret, glove and boots. Kaki berat gila nak angkat boot lagi lagi dengan sakit kakinya. Aku rasa aku kawad macam robot pun ada. Masa pemeriksaan pakaian oleh Puan Suzaini, pehh sumpah tak puas hati doh. Puan Suzaini kalau boleh nak cari je seberapa banyak kesalahan pakaian yang kita orang pakai. Rasanya dia ulang-alik tiga empat kali dekat kawasan yang sama. Boots tak berkilat lah adoi cikgu ni. Boots krs bukan macam boots kepo yang sentiasa berkilat bersinar-sinar itu ops.
Lepas tu tiba lah masanya krs puteri berkawad. Lol memang banyak gila kesilapan lagi lagi dekat formasi tapi kita orang tabahkan hati juga. Yelah formasi baru buat semalam memang taklah nak PERFECT kan? Alhamdulillah selesai juga and nasib baik suara Shamine ada masa bagi arahan. Lepas tu kita orang terpaksa lari lintang-pukang pergi dekat krs putera. Bertukar-tukar barang kita orang. Boots kita orang passing dekat lelaki. Beret pun main campak je bagi dia orang. Dah lah masa tu dia orang dah nak pemeriksaan pakaian. So terpaksa lah kita orang pakaikan dia orang boots -.- Macam raja pun ada tau dia orang ni.


((picture from Shamine via facebook))
Okay curi gambar Shamine hehehe ampun. Masa tu kan ya Allah kelam-kabut gila. Boots and beret aku main pas je dekat Hafiz nasib baik dia muat boots aku sebab aku beli boots besar sikit. Kalau tak dia akan jadi ganjil sebab pakai kasut biasa. Lepas tu masa pemeriksaan pakaian pun sama gak. Puan Suzaini still tak puas hati dengan boots lah apa lah. Memanglah tak puas hati dah tu boots kita orang punya kan -.- Aku masa tu baru start ambik gambar. Kalau tak aku biar je bagi Sherina ambikkan gambar. Masa aku ambik gambar tu, Heyqal boleh pulak sengih-sengih. Aku dengan pakai bahasa isyaratnya cakap 'jangan senyum' and dia buat muka tak senyum tapi still nampak sengih lol.
Lepastu mulalah kawad kaki krs putera. Aku ambik je video dia orang sebab dia orang suruh. Macam apa dah ikut je gerak geri dia orang.

((picture from Shamine via facebook))
Aku memang tabik ah tengok dia orang kawad. Gempak gila! Perlahan jalan semua dia orang buat sama. Memang bekerjasama betul. Tapi cuma satu je salahnya yang buat Encik Azman perli. Lupa lapor keluar ye Al? Masa tu aku terus off video and lari dekat Al ya Allah geram gila. Budak budak krs puteri semua bebel dekat dia. Tapi nak buat macam manakan, benda dah jadi. Apa apa pun memang gempak ah.
Lepas tu kita orang lepak dekat kantin ramai ramai sebelum move to balai ilmu. Ambik gambar ramai ramai paling best. Lepas tu masa tunggu pemberian hadiah dak krs semua addicted dengan kamera. Nampak kamera je semua posing amboii ke main ye. Tapi sumpah lah best gila dengan dia orang. Semua sporting je. Lepas pemberian hadiah kita orang ambik gambar ramai ramai. Oh ye krs puteri dapat nombor tiga and lelaki dapat nombor dua. Kira okay lah tu kan.






Eveyone were love to take picture lol. Sumpah best time ni. Kamera aku dengan kamera Shamine jadi rebutan sebab nak ambik gambar. Lelaki pun ada sebenarnya tapi aku malas nak copy or upload gambar dia orang :p
Okay next kita pergi camp sarjan dan staf sarjan pulak =p
We went to the camp on 18 until 20 June. It was so much fun yet tired. I met many new friends there, again! Daripada koperal haritu berenam sekarang bertiga ((tidak termasuk Sherina yang menjadi helpers last minutes)) Sampai dekat sana, alhamdulillah KITA ORANG BUKAN DAK PALING LAMBAT :p Tapi masalahnya kita orang takde khemah -___- You should know betapa gelabahnya kita orang masa tu. And alhamdulillah nasib baik ada sekolah tu bawak khemah lebih so kita orang dapat pinjam tapi khemah tu kecik sangat -.- sampai nak berdiri pun takleh ((dah bagi pinjam nak merungut)) so aku cuma duduk dalam khemah tu dengan Shamine manakala Azreen tercampak ke khemah hadapan dengan Kak Izah.
Malam tu ada ujian kerohanian ya Allah sumpah macam sakit otak GILERWWWW sebab kena hafal surah panjang tu duh but I cant read it. Aku cuma dapat baca satu ayat je -.- Esoknya, kita orang serentak buat 5 ujian BERTURUT-TURUT. PENAT GILA YANG AMAT KOT! First pagi, kita orang buat ujian kecergasan. Bumping 20 kali seminit and bla bla bla sama macam koperal punya. Time ni, again! Aku angkat Azreen. Asyik gelak-gelak je. Azreen pulak angkat aku. Aku takut gila kot. Kang jatuh aku tak pasal pasal patah kaki. Lepas tu terus kita orang kena lari 2.4km! Tak macam haritu ujian kecergasan yang larian diasingkan. Tapi alhamdulillah, tuan baik hati sangat! Dia bagi masa paling lama 20 minit and aku lulus! Sebabkan yang ni agak jauh sikit sebab sampai kena masuk masjid so masa aku around 16.50s. Masa ni stamina dah banyak dah sebab baru haritu lari kan. Aku asyik jogging je. Cuma beberapa kali je aku jalan laju.
Lepas tu kita orang buat ujian kompas. Siap kena keluar masjid, panjat tempat tinggi lah apa lah. And then ujian kerohanian kedua. Time ni kena hafal sirah and alhamdulillah aku hafal semuanya. Kesian Shamine kena hafal dengan orang yang bukan cikgu hahaha sumpah ler confirm awkward gila kan =p Lepas tu kita orang ada ujian ikatan dan gajet. Ikatan aku satu failed -.- Ikatan pencuri. Orang lain buat menaik ke atas. Aku buat menyenget -.-
Time gajet lagi teruk. Aku dengan Shamine berpasangan. Then ikatan tripod tu semua ikatan main hantam je. Ada yang ikatan main reka sendiri. Kita orang dah nak siap tau tapi tak cukup masa haih. Masa Yb ((lah sangat)) datang check, nasib baik dia cuma tanya ikatan simpul manuk, ikatan balak and lilit kacang. Semua ikatan ada cuma lilit kacang je takde. Dia tanya "mana ikatan lilit kacang?" aku jawab "separuh masak" lol. Secara spontan aku jawab.
Ujian yang buat aku tak dapat sarjan. Ujian kawad kaki. Huh. Mana taknya. Susah banget donggg -.- bukan susah tapi masa turn aku tu aku rasa semua benda aku lupa. Aku lupa doa kawad. Aku lupa nak hormat ke kanan. Aku lupa nak tutup barisan. Aku pergi berhenti jauh gila sampai puan suruh buat semula. Mana tak lupa wehhh! Mula mula jadi ketua platun lepas tu kita kena ajar 3 orang platun macam mana nak ke kanan/kiri pusing pakai ayat sendiri. Masa tu semua dah macam banyak kali berhenti-henti dan meminta bantuan.
Aku bagi doa kawad pun tah pape. Lupa nak cakap "faham itu skuad?" Padan lerr platun aku semua teragak agak nak masuk lol malunya! Masa buat kawad sorang sorang depan puan pun aku rasa aku kawad tah pape. Malu weh. Puan tu dah ah muka cam sombong semacam je dengan spect hitam besarnya :p Padahal aku baru je lepas kawad kaki dekat sekolah haritu dah boleh lupa.
Last ujian petang tu is bantu mula. Again. Berpasangan dengan Shamine. Tunjuk demo cpr. Last minutes kot kita orang practice alhamdulillah boleh buat. Malam tu ujian bertulis. Aku fikir macam ujian koperal dia tanya pasal krs je. Rupanya hmmmmmmmmmmmmmmm harapan~~ Bukak kertas ha kau soalan geografi, aku okay lagi. Soalan macam sivik, lagi aku okay. Soalan kebudayaan tu cam hampeh sikit. Boleh tanya pasal iban lah apa lah -.- wa mana tahu doh! Last last baru pasal krs. 1 jam kena jawab bukan cam koperal konon 1 jam tapi last last jawab macam dalam masa 20 minit je. Sempat tidur kot. Tapi time ujian ni jarak antara kawan jauh gila even Shamine disebelah aku. Tak boleh nak meniru lol.
Lepas tu aku fikir dah FREEEEEEEEEEEEDOOOOMMMM. Rupanya
harapan.
Ada lagi satu ujian yang direka khas oleh PEGAWAI WARAN YANG SAIKO lol. Sebabkan ada seorang dua yang kutuk pegawai waran, semua kena -.- Kalau denda sikit takpe. Ni kena star jump 300 kali. Pehh aku masa tu cam nak pengsan kot tapi aku berhenti-berhenti sikit. Aku pengsan kang malu je. Belakang aku dah ah semua dak lelaki. Yang lawak, tengah star jump kali ke berapa entah aku perasan dak group aku tetiba ada terbaring macam tidur. Rupanya dia pengsan. Shamine dah dalam otw nak pengsan tapi nasib sempat diselamatkan lol.
Esoknya, last day. Memang semua suka. Bebaskan. Pagi tu kita orang main game sikit. Lepas tu kena buat trademark. Trademark kita orang okay ah dak dak semua kena tipu ingatkan kita orang dah habis buat padahal trademark kita orang panjang bebenor. Malu kot buat trademark dekat semua orang. L3 buat trademark cam perli helpers. L2 tak habis habis dengan 'air liur'. L1 aku lupa. P1 dia nyanyi apa tah. Ofcos P2 paling gempak ok perasan. Helpers punya trademark sangat lerr kelakar weh. Kak Fatin suruh kita orang boo. Helpers punya trademark macam perli kita orang part ending tu lawak sebab Mizan tetiba jadi pondan. We're laughing so hard.
Majlis penutupan. Again. WA MENGANTUK! Pejam celik mata banyak kali nak bagi mengantuk hilang. Before balik ambil gambar dengan dia orang. Ambil gambar dengan Kak Fana. Dia baik sangat! Dengan Ayeen. Dengan Dina tapi gambar tu ada dekat phone dia je.


Masa ambil gambar tu dia orang main pas pas phone suruh bagi username twitter or facebook. Yang Mizan dengan tak malunya promote twitter dia. Dah lah lawak. Boleh pulak pergi explain 'cara dia terkentut masa ujian bertulis' dekat kita orang. Tak malu gila. Tapi dia sporting.
Thank you fr all the great memories! Im gonna miss June bcos June adalah bulan yang paling aku active dalam krs. KRS, LUASKAN KAWASANMU! Ahahaha. I met many new ppl. Being their friend. Laugh. Belajar berdikari. Im sorry if I skipped apa apa aktiviti kita sebab dah banyak gila lupa. Nak taip lepas je balik dari camp haritu but yknow Im so tired. Tak sempat. Takkan nak taip sikit je kan. Nanti nak baca balik dah tak puas. KRS GOMBAK PALING DAEBAK! WOHOOO okay bye guys assalamualaikum.
p/s: Aku buat ni dah lama then save save save then continue tulis then save lol sampai harini baru post hehe. Ok dah bye.
Terjumpaaa ahahaha. Rindunya :')
ReplyDelete