55 facts about me

Hello ppl.

Wanna make a list of facts about me. I know myself well than you guys but if got anythings wrong w my own fact...........uhm pls guys.............gth heho.

1) Im a girl. Of course. Hahaha fact apakah ini ._.

2) Saya lasak. Bcos Im the one and only daughter in my family, so thats why lah hahaha suka sangat wrestling dengan abang sendiri. Tidur pun lasak ok! Watchaa sikit!

3) Kuat makan. Well nobody hates food kan! Jadi tak ""pelik"" lah if aku cakap aku kuat makan! Lagi lagi time tengah stress tapi tak jugaklah. Kalau nak dekat exam tu makin kurang makan adalah.

4) Tak boleh dicabar. Tapi kekadang lah tapi kalau mood aku time tu dooooooowwwwwwwwn pls weh jangan tempah kubur ;)

5) Bookworm. Hahahaha perempuan bookworm apa lagi wei kalau tak novel? Sanggup ok berhabis beratus ratus ringgit demi mendapatkan novel terchenta ha ambik kau.

6) Rabun. Alah bla ah kau. Zaman sekarang tak rabun tak rock ah ooo la la la

7) Tak suka sayur (((except carrot! sebab aku ni arnab yang comel ewahh))) mohonlah dijauhkan weii. Kalau ada banyak gila sayur memang aku rela berlapar perut.

8) Suka kucing takut arnab kbye

9) Boros! HAHAHAHA kalau ada rm10 dalam poket pun aku rasa PERLU dihabiskan gak daripada simpan.

10) Kalau jimat, kedekut sangat!

11) Obses w one direction since dulu sehingga kini hahahaha lagi lagi Louis Tomlinson yang comel sangat tu hehehehe wek

12) Sebenarnya aku ni tak suka pink tau tbh! Tapi entahlah asal tah banyak sangat benda aku warna pink. Itu pun kalau nak pink mesti ada hitam. Cam gothic uolls

13) AKU BUKAN ANAK MANJA OKAY LEMPANG NAK?!

14) Shopping. Hmm saya suka saya suka!

15) Lagi suka duduk rumah daripada keluar. Tapi tak suka sangat duduk rumah sampai rasa bosan cam nak mati. Lifeless ok!

16) Kalau aku tak suka, jangan dipaksa wei!

17) Cepat sentap. Error.................

18) Blackhead dengan jerawat tu geng aku. Jangan ditegur! Nanti berbatu batu tumbuh dekat kau hahahahahahahahahhahah ayat aku masin!

19) Kalau aku tak suka dekat KAU, semua benda pasal KAU aku tak suka okay. Jangan tunjuk friendly pls. Nyampah.

20) Saya anak yang baik ((malu malu kucing)) hehehehe ada ciri ciri menantu tak? :p lol

21) Kadang kadang apa yang aku nak cakap tu bukan benda aku nak cakap. Bak kata orang, mulut cakap lain hati cakap lain.

22) Senang catch up apa orang cakap tapi.............

23) Bila malam aku memang BLURR yang amat muahahahaha

24) Pendiam kalau baru kenal atau tak kenal. Susah tau nak bergaul dengan orang lain. Lagi lagi kalau orang tu pendiam gak atau sepatah kita tanya sepatah gak dia jawab

25) Annoying. Lagi lagi dengan family. Memang annoying tu TERLEBIH annoying. Dah macam bukan anak dara dah gayanya.

26) Banyak cakap. Selalu sangat siapa yang rapat dengan aku JE kena ceramah dengan aku. Dah gaya cam ustazah pun ada tau!

27) Dekat luar, gelak cover ke main.. Dekat rumah, gelak mengalahkan hantu! Teruk yang amat.

28) Ramai kawan. Tapi sahabat tu tak tahu lah siapa.

29) Pendosa tanpa noktah yang akan dicabut roh daripada jasad bila bila masa sahaja.

30) Degil. Yay yay aku degil hahahahahahahah. Bila aku kata tak nak tu memang aku tak buat.

31) Bila nak exam, macam nak pergi berperang! Senyap je. Study je. Terperap dalam bilik je. ((bak kata ibu))

32) Setiap malam suka peluk cium wombat sebab dia seperti satu benda yang best dipeluk! Bila sedih pun peluk. Dia macam mendengar segala rintihan hati kecil ini.

33) Aku lagi suka simple. plain. tapi comfortable.

34) Suka kawan. Tapi tak tahu kenapa ramai nak berlawan :( sedih tau. apakah salah yang dibuat oleh hamba Allah ini?

35) kalau orang benci, biarkan dia. asalkan dia bahagia. aku cool aku tak heran.

36) Suka tidur lambat bangun pun lambat. Tidur mesti 8 jam! Kalau kurang memang rasa ngantuk kalau lebih ya Allah nikmatnya!

37) Kuat berangan eleh macam korang tak je kan :p

38) bercita-cita tinggi. well aku ada banyak cita cita tau! Doktor lah pilot lah lawyer lah tapi tengoklah takdir Allah yang menentukan segalanya aku hanya mampu berusaha.

39) Tak cepat mengalah. Selagi tak dapat somethings selagi tu aku cuba. Tapi kalau dah cuba sedaya upaya tapi still tak dapat, barulah give up. At least aku kena try gak untuk dapatkan.

40) Cepat rebah cepat jatuh cepat tersungkur. I mean, bila Allah timpakan ujian dekat hamba Dia yang kerdil ini, rasa fed up sangat. Tapi dengan rahmat-Nya, dapat juga bangun. Alhamdulillah.

41) Tak suka gaduh. Benci ok gaduh gaduh ni. Lagi lagi kalau benda kecik je. Alah benda boleh settle kan apedehal?

42) Ego hahahahahahaha yelah aku ngakukan ego aku tinggi sometimes.

43) Aku suka try somethings new. Macam bendalah macam fashion ke apa ke.

44) comel. boleh terima tak? Ala pls lah. Makhluk ciptaan Allah comel comel lah ;) so boleh terima lah kan fact ni hehehehe wek =p

45) duit aku banyak habis beli topup je. Topup tu rasanya lagi penting daripada makan kot

46) Suka ikut ibu and papa ke mana je sebab bila keluar dengan dia orang kalau nak apa apa, dia orang bayarkan jadi..........................JIMAT!

47) Aku lagi suka baju hitam daripada putih. I mean, yang gelap daripada cerah. Tak tahu kenapa.

48) Garang. Hahahaha lagi lagi kalau marah. Memang errr garanglah!

49) Pemalu. Malu malu kucing. meow meow meow

50) Aku ingat semua benda yang orang cakap, tarikh penting etc tapi at the same time.....

51) pelupa gak kekadang. yelah fikiran manusia terbatas kan!

52) Berat badan kekadang gemuuuuuuuuuuuuuuuk sangat kekadang kuuuuuuuuuuuuuuuurus sangat. sungguhlah tak stable -.-

53) Bekas gymnas ok! Jangan memain! Hahahaha badan lembut je tak cam kayu cam sekarang ni -.-

54) Bekas atlet ok! Hahahahaha semua nak cakap. tapi masuk sekolah menengah semua benda dah malas nak masuk dah lembab dah sedih.....

55) suka pujuk orang merajuk ni tau! Tak boleh ok tengok orang lain mendiamkan diri ke apa. Macam I made mistakes je kat dia orang.

okay so thats all yang aku boleh listkan sekarang ni. Nak buat 100 tapi 55 pun dah pening fikir -.- bye

xxaniqahxx

p/s: semua orang ada kelebihan dan kelemahan

No comments:

Post a Comment