seperti yang dijanjikan, dan aku tak nak jadi manusia yang mungkir janji, i wanna make a post abt everythings happened to me on 2013. srsly i wanna say post ni mula ditaip oleh aku betul betul malam 31December tapi aku tak tahulah postnya awal ataupun aku save in draft dulu. sebab banyak sangat benda yang jadi dekat aku this year ((2013)) so fyi semua yang aku tulis ni adalah basically daripada apa yang aku baca balik dari post awal tahun sampailah last post. jadi mungkin ada benda yang terjadi dekat aku this year aku tak dapat nak cerita balik, yelah pemikiran manusiakan terbatas. so lets get started!
JANUARY
bulan pertama di mana aku menjadi pelajar 3Gigih yang bakal menduduki pmr. macam biasa, belajar. hahaha this year aku jadi desk-mate farah sampailah akhir tahun. january, bosan. tak banyak sangat post aku buat sebab maybe penat kan yelah bulan pertama so maybe nak menyesuaikan diri semua or maybe aku ni pemalas nak update hahahahahahahaha tapi apa yang aku ingat january tu aku ada cat kelas bersama nas dan amira tercinta dan juga rakan rakan sekelas lelaki yang lain. i still remember apa cikgu azida cakap 'masa depan kamu sekarang adalah pmr' dan masa depan 2014 adalah spm haha. aku juga belajar drive fr the first time yo pada bulan january!
p/s: uhm kenapa ayat aku agak skema, sorry fr that
FEBRUARY
february ni aku banyak ulang-alik dari rawang ke ipoh sebab ibu nak berubat. and aku sibuk dengan latihan handball. bukan sibuk tapi menyibuk nak buat sibuk. faham?
MARCH
march pula aku sibuk dengan monthly test. yelah first time exam bila form three mestilah belajar bagai nak rak ((uhm yeke)) dan lagi sekali aku busy dengan latihan handball. rasanya masa bulan march ada cuti seminggu tu kan tapi straight seminggu tu ada latihan handball dan aku pergi. nampak tak rajinnya itu? :p
APRIL
alhamdulillah, hasil menyibuk nak buat sibuk dengan latihan handball akhirnya aku terpilih juga untuk wakil sekolah. banyak sangat kenangan rasanya tiap kali latihan. and i still cant forget masa lawan dengan lelaki aku as wing dapat score goal and everyone macam terkejut ahaha best memory rasanya. dengan banyak kali jatuh terduduk sebab main masa hujan lah and then kepala banyak kali kena bola lah. tak lupa juga bola kena tepat tepat atas kepala aku sebab amirun baling then aku menangis. sakit wei! bola tu dah ah keras. even kalah dua game dekat perlawanan tu BERTURUT-TURUT sampai menangis semua tapi alhamdulillah its fun! lagi lagi dapat keluar peluh dan.....................kurus. hehehe
and then ada juga pergi pbakl dengan shamine. siap sanggup beratur panjang nak jumpa izzue islam uolls hahahahhahahaha! sanggup betul cs i bought novel from karya seni tu then dapatlah pas tu so thats why ah aku pergi juga tunggu dengan shamine sambil pegang kiri kanan buku buku yang berat tu -.- srs kalau tahun ni nak pergi lagi kena bawa beg roda tu. and then dapat jumpa kak acik fr second times! dapat peluk cium ihiks.
MEI
mei..................midterm exam and i just made like one post macam tu hahaha nampak tak malasnya aku lol. dan selepas itu holiday dua minggu tu. rasanya aku balik kampung minggu first tu. pergi kuala terengganu sekali. pergi pasar payang shopping.
JUNE
AKU SANGATLAH AKTIF KRS MASA BULAN JUNE LIKE SRSLY I WENT TO TWO CAMPS DALAM MASA DUA MINGGU BERTURUT TURUT DAN TENGAH TENGAH DUA MINGGU TU KAWAD KAKI, NAMPAK TAK RAJINNYA ITU???
so bulan june before pergi kem kenaikan pangkat untuk koperal, busy dengan latihan kawad kaki sebab ada pertandingan kawad kaki between unit beruniform ((harap sangat 2014 pun still ada sebab best)) and then berapa hari bulan entah aku pergi kem koperal tu dengan kawan kawan. best sangat especialy sebab dengan aida! hahahaha. dan alhamdulillah lah pergi tak sia-sia sebab lulus dapat koperal yay. and then balik tu terus buat latihan kawad sebab esok harinya dah lawan. yknow what, pernah ke orang esoknya nak kawad harini baru terhegeh-hegeh nak buat latihan untuk kawad apa tuuuuuuuu ahh aku dah lupa nama kawad yang buat bentuk tu semua -____- dalam masa 2 jam kita orang dapat buat 2 bentuk rasanya.
and then esoknya terus lawan even penat kem tak hilang lagi dengan sakit kaki. dapat no 3 out of 4 group. okay lah tu kan sebab latihan last minutes. beberapa hari selepas itu pergi kem sarjan/staff sarjan. tbh, bfore aku pergi kem tu kan aku nangis nangis dengan aida tu kan ((lawak bila dikenang)) tu sebenarnya aku dah dapat rasa yang aku takkan dapat tapi tah kenapa aku rajin juga pergi. dua minggu skip sekolah -.- nasiblah still boleh catch up untuk trial pmr. tapi bulan june memang aku jumpa ramai kawan baru lah hehe best.
JULY
bulan tu bulan puasa so busy sikit i mean penat sikit. puasa tahun ni memang rasa CEPAT GILAAAAAAAAAAAERRWWWWWWWWWW mungkin sebab busy study untuk trial pmr and masatu trial so sebabtu lah kot. aku pun rasanya dua hari je aku pergi terawih sebab asyik study je. and then pergi iftar and terawih dekat sekolah tu. takkan ku lupa main tolak tolak muka sebab nak main gambar siapa nampak dengan jelas dengan paida, aida and aisyah dan pemenangnya ialah aku and paida. teruk gila. and then ada ceramah ustaz apatah tu. really motivate me! terima kasih ustaz walau di mana ustaz berada.
AUGUST
freedom from trial pmr o yeah! made freedom party, iftar, celebrate birthday nisha at nisha's house w gajus yang disayangi. best gila wei main tepung then buat video semua hahaha lawak gila! ambil gambar pun banyak gila. and then raya. kejap gila rasanya puasa. paling best raya sebab abang pun ada juga. and yknow what, raya tahun ni same date dengan anniversary ibu and papa huahua. and then.........my birthday weeee.
SEPTEMBER
first september was my openhouse and yang datang ramai gila even hujan! nisha, nasuha, paida, fir, aida, shamine, nabila, afifah, sheera, farah and azreen. tu je aku ingat. tapi nisha nas paida fir aida shamine and afifah datang awal, then bila dah makan lepak dekat ruang tamu buat video semua. lawak gila. dah lah buat video 'selamat hari raya' then semua orang macam wuuu bising gila. like everyone where looking at us kot masatu hahaha, memory betul.
and then ada buat solat hajat dekat sekolah untuk pmr and spm a few weeks before pmr. selepas itu aku busy dengan study hahahah and i made one post je masa september which is three weeks bfore pmr.
OCTOBER
bulan di mana aku menduduki pmr untuk 4 hari. dan selepas itu freeeeeeeeeedom hahahaha. ((tapi sekarang dah tak rasa freedomnya)) lepastu raya haji. and then gajus ((except fir)) ft kak ina plan buat suprise birthday fr fir. even its failed and awkward tapi bolehlah okaynya hahaha. yelah masatu penat sangat sebab buat aktiviti lepas pmr mesti ah kan senyap je memasing. lepas pmr tu je aku banyak kali skip sekolah. sebab malas gila nak buat aktiviti ke pe.
ada juga join charity dengan gajus dekat sekolah agama tepi sekolah tu. jaga budak budak tu and then tolong tolong sikit. oh tak lupa juga afifah pun join kita orang juga sebab dia kebetulan ada dekat situ. mula mula memasing penat gila and then tetiba ustazah tu bagi sorang rm20 semua dah kaching kaching 'jom pergi mcd' so kita orang dibawa oleh our manager ecehhh ((abang nisha)) ke mcd and kita orang lepak di sana untuk seketika. and then ada jamuan 3Gigih which is tak gigih pun sebab berapa orang je ada haha. dan tamatlah sekolah untuk tahun tersebut ecehhh.
NOVEMBER
first sekali november pergi keyya kayya and ou dengan shamine and shanim. hohoho tak usahlah nak ditaip lagi korang baca je lah post 'keyya kayya roti kaya' tu ye. and then pizza party w gajus sekalian dekat rumah fir. lawak gila best gila omggggggg i cant forget tarian pukul nyamuk ahahaha and then menari bar bar bar and what the fox say. masa first record tu dia orang cakap cakap semua then aku jerit 'korang cepatlah jomlah kita nak menari' dengan semangatnya lol aniqah TT and then buat drama 'anak derhaka'. paling lawak sweet couple nisha and nas ahahahaha lakonan dia orang menjadi.
and then futsal dengan gajus and potato. its our first time dan best! harap nanti dapat main lagi cs sekarang ni nak main semua bagi alasan -.-
DECEMBER
first sekali pergi the mines dengan aida and her family. shopping sakan ko hahaha. and then pergi perlis dengan family best gila. shopping semua.
what the best things is opkoz sebab dapat result pmr and alhamdulillah result bagus dan tak jangka gila boleh dapat macam tu yelah srsly aku target sebenarnya 5A's je tau. tapi alhamdulillah rezeki Allah. tak jangka juga nama kena sebut hahahaha terkejut sangat! and then dapat steamboat party dengan gajus dan aida, shamine and afifah. best gila! we did a lot of things! :) and then alhamdulillah best thing on december dapat new phone.
actually aku dah minta phone tu before pmr. aku tanya papa 'kalau dapat 6A's ke atas papa janji eh bagi phone apa adik nak' and papa janji. and then lepas dapat result tu memang terus papa order kot. terharu gila. papa cakap 'kan papa dah janji mestilah kena bagi'.
SO THATS ALL WHAT I REMEMBERED. YANG LAIN MUNGKIN ADA BANYAK LAGI TAPI AKU LUPA MAAFLAH AGAIN PEMIKIRAN MANUSIA TERBATAS. DAN ALHAMDULILLAH TAK SANGKA BOLEH HABIS TAIP DALAM MASA BEBERAPA MINIT OR JAM NI. BEFORE PUKUL 12 TEPAT 1 JANUARY 2014 LAGI AKU DAH SIAP TULIS HAHAHA HEBAT.
what i learnt this year:
.kalau usaha insyaAllah boleh dapat apa yang kita nak, tapi tak lupa kena doa dan tawakal.
.Allah itu maha mendengar, jangan sesekali kita lupa nak berdoa dekat dia.
.what u give, u get back. hahaha and ada satu benda yang aku buat dan aku dapat balik tapi aku dah redha.
.tak semua kawan kita baik. depan je maybe baik tapi belakang mungkin macam taik (oh sorry fr that)
.tanpa restu ibu bapa dan juga cikgu, belajarlah macam mana pun, kita takkan berjaya.
.nak score subjek tu kena minat, usaha, minta restu cikgu.
.be friendly w everyone and u will know one friend yang boleh stick w us no matter what.
.jangan riak, Allah akan tarik balik.
actually aku belajar banyak benda tahun ni dan aku takkan lupa semua tu. akan ku jadikan teladan dan panduan untuk tahun 2014 dan seterusnya.
well everyone, happy new year! semoga tahun ni korang akan berubah untuk menjadi lebih baik. tanamkan azam baru dan pastikan ianya terjadi. one of my azam lastyear which is nak dapat best result fr pmr dan dimakbulkan, so my next azam is fr spm even tho bukan 2014 aku spm. mulakan buku baru, lupakan tabiat lama.
lots of love, aniqah x
No comments:
Post a Comment