Assalamualaikum kalian,
so we already got our result two days ago! wee alhamdulillah result aku tu okay sangat even tho tak dapat straight A's tapi result tu buat aku terkejut gila! ahh alhamdulillah rezeki Allah. so fr this post i want to throwback everythings happened on 19th December and also yesterday.
19th December, our result day
pukul 9 pagi bangun sebab alarm bunyi kuat gila. bangun terus lari masuk tandas ko sebab cuak sangat sampai sakit perut semua hahahahahaha ((ok tu pun nak cerita)) lepas dah siap semua, pergi sekolah. sampai sekolah macam dah ramai lah datang even masa tu baru pukul 10 somethings. semua orang muka nervous gila. ada yang duduk, ada yang berdiri macam aku aida shamine paida. sebab kita orang tak boleh control nervous so kena berdiri je hahahaha. shamine dapat tahu awal dia dapat straight A's from ayah dia. pas dia tahu semua macam 'bla lah kau' takyah ambil result bla bla bla. then pergi balai ilmu. masa cikgu dah datang, sheera tengah otp dengan aisyah. then aisyah kata ada 19 orang macam tu je dapat straight A's.
aku masa tu memang tak boleh kawal perasaan. 19 je????!! sebab dalam otak aku macam 60+ somethings boleh dapat straight A's and pecah rekod. tapi malangnya tak. aku dengan nas macam '19 je dapat 8A's kamu, kita takut'. aku dah menangis dah masa tu. orang lain tak nangis lagi aku dah over -.- uhm sorry.
dia orang semua macam suruh aku rileks. amira peluk aku dari belakang masa aku cakap '19 je kamu' pastu amira kata 'dah lah jangan nangis'. nabila pun pandang aku dia cakap 'rileks kamu jangan menangis'. aku pun stop menangis. lepas cikgu dah habis potpet semua, dia dah nak umumkan. masatu entahlah even mulut aku cakap dekat nas 'kita takut kamu' tapi padahal dalam hati macam tenang gila. lepastu habis nama 8A's aku cakap dekat nas lagi 'kamu nama kita takde :(' sebab dah fed up.
lepastu dia umumkan nama yang ada 1B. tetiba cikgu panggil nama paida kita orang semua dah 'paida' sambil pandang dia. dia dah lah duduk sebelah aku je. lepastu dah makin ramai nama dipanggil. aida duduk sebelah aku dia pegang peha aku suruh tenangkan diri macam tu lah. nabila duduk depan paida dah menangis nangis. aku cakap dekat dia 'tadi kamu suruh kita tenangkan diri jadi kamu janganlah nangis'. tapi dia menangis juga tak henti. lepas dah banyak gila nama cikgu panggil memang aku dah down gila. dah nak menangis kot time tu then tetiba cikgu panggil nama aku, aku terus angkat muka macam terkejut gila. dak dak keliling aku semua panggil 'aniqah'.
entahlah. masa tu lega gila, tak percaya, terkejut, gembira semua perasaan ada. tak sangka, tak duga naik stage. TAK SANGKA SANGAT! salam puan naaimah lepastu cikgu tanya 'kh susah ke?' tapi aku senyum je sebab tak boleh cakap apa. tapi aku dengar cikgu cikgu dekat belakang cakap 'ni anak encik zul kan' bla bla bla. lepastu masa duduk balik terus menangis nangis tak henti ambil phone nak call ibu and papa. call ibu, dua dua menangis. call papa, papa pun macam nak menangis.
lepastu semua orang bangun semua yang nama tak dipanggil nak ambil result. nas masatu dah menangis dah aku cakap dekat dia 'rileks kamu'. lepastu dia orang cakap tahniah semua. lepastu shamine kata 'aku bangga dengan kau wei' and dia pun menangis sekali hahaha. lepas semua dak kelas aku dah habis ambil result aku jumpa puan azida. aku salam dia then cikgu peluk aku. cikgu kata tahniah then aku cakap 'saya tak caya cikgu saya dapat math a' lepastu cikgu usap belakang aku and cakap 'awak dah usaha kan itulah ganjarannya' masatu dah meleleh lagi sekali dah lol i just cant stop crying all over again
lepastu tanya result sorang demi sorang semua then ambil gambar then hug bfore semua nak balik. aku dengan aida ni je masing masing macam 'wei kita tak nak balik tapi tak tahu nak duduk mana' tapi akhirnya kami balik juga hahahaha balik rumah on wifi phone tak henti bunyi. ramai gila tanya and ucap tahniah lol mekasih kalian.
paling sedih baca ayat ibu 'adik anak oku tapi boleh dapat 7A's. adik tak pergi tuisyen pun tapi adik study sendiri. takde orang temankan pun. ibu bangga dengan adik'. memang tak boleh nak tak menangis masa tu.
then petang tu around 4pm something like that pergi aeon beli barang untuk party hari jumaat tu dengan nisha and aida. its my first time keluar beli barang dapur dengan kawan ni so kita orang masing masing pilih the best choice dengan harga paling murah wkwkwkwk since we just brought rm100++ somethings bcs we forgot to collect the money from our friends so yeah.
20th December, our party day
another best day ever!
pukul 8 lebih macam tu aida dah datang kacau aku tidur zz zz kuangsam betul. lepastu pukul 1 macam tu barulah konco-konco yang lain datang. then kita orang masak sama-sama. nisha, afifah banyak uruskan bahan mentah. paida sibuk tangkap gambar. aida goreng fries. fir bakar daging. shamine bakar ayam. kita orang macam cooperate each other. tolong sama sama so thats why kejap je dah siap. hehehe paling best bila dia orang siap goreng fries kita orang curi curi makan.
lepas dah siap semua kita orang makan terus w/out nas sebab dia datang lambat. akibat kita orang geram dengan dia takyah masak semua kita orang sorokkan selipar, tutup pintu and lampu semua. masa dia datang kita orang kat dalam gelak gelak je. kelakar muka dia macam salah rumah. tapi time tu sebab tengah hujan so buka juga lah and enjoy our meal together.
lepastu kita orang main truth or dare. DARE DIA MEMANG DARE GILA KUANGSAM BETUL NASIB SEMUA SPORTING. semua orang kena dare yang memang gila gila dare nya -.- lepastu sambung makan lagi wkwkwkwk and then main kejar kejar ah and others game yang zaman dulu suka main lepastu semua balik.
okay. baca ni. SEBENARNYA POST NI DAH BUAT MINGGU LEPAS TAPI SEBAB MALAS AKU SAVE DEKAT DRAFT JE AND HARI NI BARU POST SO MINTA MAAF YE KALIAN. AND MINTA MAAF JUGA SEBAB TAKDE GAMBAR SEBAB AKU MALAS NAK TUNGGU LOADING NAK UPLOAD GAMBAR TU LAMA KE MAIN.
another p/s, KALAU AKU RAJIN BARU AKU BUAT POST 'THANK YOU 2013' YANG MACAM AKU BUAT LAST YEAR YANG AKU THROWBACK EVERYTHINGS HAPPENED ON THAT YEAR. KALAU AKU BUAT PUN MAYBE MASUK JANUARY BARU AKU POST SEBAB AKU SUKA SAVE DEKAT DRAFT BIAR DIA BERHABUK DULU SEBAB AKU NI JENIS MALAS NAK UPDATE BLOG DAH SEKARANG NI SO MINTA MAAF YE SEBAB BAZIRKAN MASA KORANG BACA BENDA NI PANJANG BENO
lots of love, aniqah xx
No comments:
Post a Comment