Kolej Matrikulasi Johor 16/17

hi assalamualaikum!

Tak sangka gila I SURVIVED MATRICS GAISS!!! kejap je, 10months berlalu cenggitu je. alhamdulillah, everything went well. sekarang, tunggu result pspm 2 so i am officially pengganggur dekat rumah goyang kaki for few months before degree, insyaAllah. 

seperti yang dijanji, i will sedaya upaya try to update everything about matrics aka kolej matrikulasi johor since i am the newest batch. i know, there must be junior yang search about kmj before masuk kmj macam mana aku buat last year. ye do, aku search habis gambar, blog even empat lima tahun lepas punya. nak tahu cemana kmj ni sebab nervous gila babs. so harini aku nak share tips, terangkan apa yang aku sempat terang pasal kmj, dan perangai yang korang kena elak dekat kmj. ENJOY HAHA (p/s: apa aku cakap ni more untuk perempuan sebab aku taktahu lelaki cemana)

okay sebenarnya sampai sekarang aku tak caye yang aku pilih untuk masuk matriks. SEBAB, aku send confirmation online untuk masuk matriks adalah waktu LAST DAY PUKUL 8MALAM. SERIOUS. adik adik janganla jadi seperti saya yang membuat keputusan last minutes. kelam kabut gila okay lagi few days nak pegi nak kena pegi bank, nak kemas, nak cari barang itu ini. I DID ALL BY MYSELF kot masa tu. tapi sebenarnya boleh je kalau nak daftar kat sana tapi kalau daftar thru online lagi pantas. nanti kat sana takyah penat nak tunggu, nak isi borang itu ini. 

sebenarnya korang boleh je search 'matriks johor' dekat twitter sebab ada ramai batch 16/17 ni yang buat thread pasal kmj. tak lupa juga yang sebarkan cerita hantu dekat kmj. jangan risau, dekat mana mana pun ada benda tu. i've been there&i survived. plus, aku tak pernah kena apa apa kat sana, alhamdulillah. even they said blok aku paling 'seram' dan bilik dekat aku paling 'seram'. tapi takde apa:) rileks je. yang penting tiap hari jangan tinggal solat and baca al-Quran dan al-Mulk. tu yang aku dengan roommates aku selalu buat tiap hari. kekadang kalau takleh solat, aku pasang ayat al-Quran daripada laptop pasang kekuat. lepastu hari khamis, kitaorang baca yassin sesama. kalau roommates semua muslim, alhamdulillah la senang. kalau ada yang bukan muslim, kena tengok dia selasa ke tak jugalah. tapi insyaAllah, takde apa. lagipun dekat kmj, tiap blok perempuan (taktahu sangat blok lelaki). tiap malam ada bacaan al-Mulk. ada yang akan handle (usuallynya jappim, nanti korang tahula jappim tu apa)

since i am from selangor, it took like 2hours+ nak sampai kmj. kmj ni kat tangkak. orang cakap pedalaman. tapi jangan risau, takdela pedalaman sangat pun. kelapa sawit keliling. tapi bila outing best gila. masa kitaorang, perempuan boleh outing hari jumaat, lelaki hari sabtu. kalau ada something je boleh outing lelaki perempuan sekali on the same day. depends on hep(hal ehwal pelajar) la. kalau outing, korang boleh pegi tangkak (opkoz). tangkak ada kfc, dominos, pizzahut, kedai kain ngan tudung banyak gila. macam jalan tar tau kedai tudung dia sebab aku masa masuk matriks awal awal dulu bawak tudung less than 10 tau sekali balik haritu bawak tudung satu tote bag penuh (pengsanzzz). pastu ada gak karaoke murah gila. pastu ada the store tempat selalu beli barang. ada gak kedai cina yang jual barang keperluan murah. kena pandai cari bebetul. dekat stesen bas tu ada kedai jual mee bandung ngan otak otak kempas sedap gila! otak otak kempas dia 60sen je satu, tu fav gila kot. ada gak cafe hipster kat situ tapi kena pandai cari. 

ada bsn, maybank..... banyak ah bank kat situ. masa batch kitaorang, ada masalah atm bsn kat luar kena tarik. so kitaorang tiap kali outing semua bank kat tangkak penuh student kmj lelagi bila dapat elaun. OHYES, korang dapat elaun rm250 sebulan. tapi depends gak kekadang dapat awal, kekadang dapat 2bulan sekaligus. masatu memang rasa kaya gila so boleh outing pegi segamat, muar, ledang atau melaka. ada van or bas disediakan depan luar kmj untuk outing. kalau pegi tangkak rm1.50sehala. kalau melaka rm25 pegi balik. kalau lelain depends on pakcik or uncle tu gak. ada juga khidmat kereta sewa banyak kat tangkak tu kalau nak drive sendiri. i've been to melaka drive sendiri sewa kereta saga, rm60 from 11-5. oh ya lupa, masa batch kitaorang boleh outing from 10am to 6pm je. kalau tak kena block outing for two weeks. 

lepas daftar, kita akan  macam orientasi untuk student baharu. masa kitaorang daftar, harini daftar esoknya puasa. memang penat gila ah orientasi. tapi masa orientasi, kita berbuka dekat dataran wawasan sesama. 

okay lupa nak cakap, kmj ni ada 6blok iaitu a dengan b untuk lelaki. c,d,e,f untuk perempuan. aku dulu blok f.3.11. memang penat la tiap hari naik tingkat tiga. sebab tingkat satu dia bukan ground floor ye. ground floor tu rumah felo (macam warden tapi lecturer). tiap tingkat ada macam 20lebih bilik gak. satu bilik usually empat orang. tapi ada gak yang akan duduk 3orang je kalau roommates korang keluar atau memang tak cukup orang. setiap bilik susunan perabot dia lain. ada yang locker kat tengah bilik, ada yang locker kat tepi bilik. depends ah. tapi nanti dah lelama sikit, ramai je tukar susunan perabot. 

setiap orang dapat satu katil, tilam takde bantal (bawak sendiri bantal), meja belajar, kerusi, papan softboard tu, locker. sila bawa kunci mangga untuk locker sendiri ye. locker tu punya kunci dah rosak. kalau dapat tepi tingkap serious best, sebab rasanya space lagi besar. tingkap tu ko suka hati boleh bukak ke tutup kalau nak tido or study HAHAHAHA. kesian roommates sebelah takleh control. pastu kalau takde tempat nak jemur baju boleh jemur kat situ. tapi, kedudukan kita dalam bilik dah ditentukan pihak kolej, depends on siapa datang awal dapat la a, pastu b, last sekali d. kita dapat bilik ngan blok mana pun dah tentukan masa kita daftar online or manual. memang takleh pilih la. usually roommates kita akan bercampur. satu bilik akan ada ms, md, mt, akaun. tapi ada juga yang boleh sama modul. 

lepastu tandas kat luar. siapa dekat tandas okayla tapi kalau jauh takut sikitla nak pegi tandas. tapi jangan risau, aku biasa je pegi tandas pepagi pukul 12-1-2 sesorang, takde apa. kena buat lek je. jangan takut sangat jangan acah berani sangat. pastu korang boleh basuh baju dekat sinki tandas belah luar. elakla basuh memalam sesorang kalau tak berani. mesin basuh pun disediakan rm2 sekali basuh. tapi kekadang ada gak mesin basuh yang cilaka telan duit or dah masuk duit tapi air tak keluar, jahanam betul. aku pernah nak basuh baju sampai rm8 sebab mesin rosak, pastu mesin tak keluar air, pastu mesin telan duit pastu mesin seterusnya baru okay:) redh0 gila masatu. kalau basuh pakai mesin, korang kena alert lelagi bila tengah tunggu turn nak basuh. ramai perangai cam cilaka potong barisan (okla aku pun pernah buat ahhahahaha). so kalau ada lagi contoh 8minit, korang set la alarm lagi 7minit pastu korang tunggu la kat mesin tu kalau taknak kena rembat dan mengelakkan daripada mencarut geram. korang punya baju dalam mesin tu, letakla bakul atau baldi atas mesin untuk mengelakkan orang takde adab yang mengeluarkan baju bersih korang dan letak atas lantai.

ada tempat jemur baju disediakan. part nak jemur ni pun korang kena ada kesabaran yang tinggi. tolongla jemur baju pakai hanger dan segala benda 'adik' pakai penyangkut. janganla selfish nak jemur macam tu je amik semua space. lepastu perangai cilaka seterusnya apabila anda dah jemur secara berhemah dah amik port baik, sekali ada perangai jahanam pegi tolak baju korang rapat habis ketepi dan jemur baju dia macam tempat jemur tu dia yang punya. tolongla elak perangai macam ni. 

kalau bab pakaian, aku nak sentuh pasal perempuan je. dalam list pakaian korang dapat lepas daftar online tu, ada cakap kena pakai kasut kulit pvc warna gelap. aku sarankan sebenarnya tak payah beli baru sebab masa batch aku, awal awal je pakai. lepas beberapa minggu, perempuan start pakai flats, sneakers converse vans, malah ada yang pakai heels or sandals getah tu (tak ingat nama tapi macam crocs). kalau korang ada kasut warna gelap yang bertutup pun dah okay sebenarnya, cuma lelaki la kena ada kasut tu macam tak proper pakai kemeja dengan sneakers pegi kelas. 

baju boleh pakai baju kurung. kebaya. jubah/maxi dress masa batch kitaorang tak boleh pakai. baju macam blouse tu sebenarnya tak boleh tapi ada je yang pakai. tapi kena labuh nampak macam baju kurung okla kot. tapi ramai je pakai baju macam baju raya yang kembang kembang tu pegi kelas. semua ni depends penyelia asrama la cemana. time kitaorang banyak kali kena panggil cakap pasal pemakaian ni. aku sarankan, korang ada satu tudung shawl or bawal yang takyah gosok sebab aku faham perasaan malas nak iron tudung. oh ye lupa nak cakap, iron ada disediakan kat bilik iron tiap aras. kena cari la masa baru masuk tu tapi ada je yang bilik iron ada tapi iron takde HAHAHAHAH. bawakla baju tudung yang takyah gosok, senang. takde la nak study sibuk fikir nak iron baju je. 

masa kitaorang, kitaorang dapat baju ko-k dua helai. satu pendek, satu panjang masa hari daftar. korang pakai baju ko-k masa hari ko-k. nanti aku terangkan pasal ko-k ni. 

kafe dekat kmj ada tiga. kafe lelaki satu, kafe perempuan dua. masa kitaorang, boleh pegi memana kafe sampai pukul 6petang. so memang best la dapat pegi kafe yang makanan sedap. tapi ada je yang pukul 6.30 pun lelaki still kat kafe perempuan dating huhhhhhhhhhhhhhhhh. makanan dekat kmj semua sedap sedap. 

kmj ada koop. jual roti, keperluan makanan sabun korang nak. ada gak topup. masa batch kitaorang takde atm, kitaorang keluarkan duit dekat koop. memang beratur panjang gila sampai luar. tapi masa batch korang dah ada atm baru dah. jangan risau. lepastu ada siswa, jual buku alat tulis semua. boleh fotostet binding. paling best, kmj ada starbucks. jangan terkejut ok! makanan dekat starbucks serious sedap gila. banyak jual kuih muih usually pepagi pukul 10pagi masa gap kelas tu memang penuhla starbucks orang serbu. nasi lemak dia sedap, kuih keria sedap. karipap. nugget banyak jenis. air minuman. kekadang ada gak mee goreng, nasi ayam camtu. kuih dia 3 singgit! murah. nugget pun rm1 sebatang usually. kek batik pun ada, so kalau korang dengar nanti dorang cakap kmj ni KOLEJ MAKAN JE, memang betul. memang aku MAKAN JE do sampai naik berat, nasib masa sem 2 ada ko-k and aktif sukan. 

okay jom mula pasal akademik. matriks ni ada dua bahagian(?) iaitu sains dan akaun. dan ada dua sesi iaitu Pelajar Satu Tahun (PST) dan Pelajar Dua Tahun (PDT). Sains ni ada tiga modul iaitu:

Modul Satu (MS) : chemisty, maths, biology, physics
ni kira pure sains la. memang ada mentality, bila ms je orang cakap pandai. tak semestinya. 

Modul Dua (MD) : chemistry, maths, physics, science computer
ni kira sains fizikal. takde bio. md ni ramai lelaki berbanding mt. memang senang nak cuci mata HAHAHAHAHAH dan aku amik md. 

Modul Tiga (MT) : chemistry, maths, biology, science computer
ni sains bio macamtula. kalau md ramai lelaki, mt ni ramai perempuan. kelas roommate aku dia amik mt, kelas dia ada dua je lelaki yang lain semua perempuan. 

Akaun (A) : maths, perniagaan, akaun, ekonomi
aku taktahu sangat akaun ni tapi ni la subjek yang aku ingat roommate aku amik. 

modul ni diaorang dah tetapkan based on result spm. alhamdulillah masatu aku memang nak md, dan aku memang dapat md, aku memang tak suka bio. tapi kalau korang dapat modul lain tapi korang nak modul lain, boleh je korang mintak tukar. nanti ada proses mintak tukar semua tu. aku takkan terangkan subjek tu korang belajar apa semua. ada dekat blog lain terangkan details. 

lepastu, dekat kmj kita panggil kelas as praktikum. memang biasa praktikum akan dirombak kalau ramai sangat. masa aku tu, lepas habis orientasi, kitaorang kena rombak praktikum. memang semua berpecah balik, so korang memang akan dapat ramai gila kawan, serious. kawan praktikum lama ft kawan praktikum baru. awal awal aku praktikum md14 yang ada 24orang (selepas ramai tukar modul) lepastu kena rombak md6 yang ada seramai 19orang. aku stay dengan praktikum ni sampai la habis matriks. ada je orang yang kena tukar praktikum sampai 3kali bila dorang tukar modul pastu praktikum kena rombak. 

kuliah pulak kalau masa aku, md ni ada 3kuliah. praktikum aku ni kira K1MD6 iaitu Kuliah Satu MD6. md ni ada 24 praktikum. so satu kuliah tu ada 8praktikum. kuliah untuk md dengan mt ni selalunya dekat dalam dkk je (dewan kuliah kecil) while ms dekat dkb (dewan kuliah besar) sebab diaorang ramai. jangan risau, dkk lagi best. kuliah untuk subj macam maths, physics, chem untuk MD, 3jam seminggu tapi sc comp 2 jam je seminggu sebab sc comp ni topik dia tak banyak sangat. nota untuk kuliah ni depends gak kat lecturer. ada lecturer suruh print nota from portal (nanti dah daftar korang tahula portal kmj) atau salin sendiri. selalunya maths kena salin sendiri. 

kelas tutorial pulak buat macam dalam kelas. time tu la tanya lecturer soalan yang taktahu. topik yang takfaham. korang kena buat tutorial lepas dah belajar topik tu dekat kuliah sebelum masuk kelas tutorial. kalau tak, ada certain lecturer akan mengamuk do. tapi seriousla, kalau korang pegi tutorial tapi tak buat apa apa tutorial, macam takde point pegi. sebab korang tak dapat detect kelamahan korang apa untuk improve tanya lecturer. mostly lecturer dekat kmj ni bahasakan diri dorang cikgu. ada certain yang kena panggil sir, madam, miss. depends gak on lecturer. 

kalau modul sains, korang ada kelas praktikal or lab. sebabtu modul sains lagi pack jadual dorang daripada akaun sebab akaun takde lab. lab chemist paling best sebab mostly colourful chemical dia. lab untuk physics, chem and bio ni sebelum lab korang kena buat jotter dalam jotter book based on buku manual lab. nanti lecturer akan ajar cemana nak buat. janganla berani tak buat jotter lelagi kalau lecturer tu garang. sc comp je takyah jotter. dalam lab juga (except sc comp) korang kena pakai labcoat. nanti korang akan dapat. dapat fefeeling doc gitu. 

besides 4subj yang korang amik tadi, ada juga subs yang memang semua modul kena amik iaitu ko-k, kemahiran dinamika dan agama islam/moral. kalau sem satu korang kena amik ko-k, nanti sem 2 baru korang amik dinamika dengan pi/moral same goes to kalau sem satu korang dapat dinamika dengan pi/moral, sem 2 baru amik ko-k. masa aku, sem satu aku dapat dinamika dengan pi, sem 2 baru ko-k.

ko-k ni ada banyak. kelas ko-k seminggu dua jam. dekat kmj, masa batch aku ada sukan (basketball, badminton, futsal, tennis, squash etc), kawad kaki, filem, karoot komedia, senamrobik, boria, rekreasi. tu yang aku ingat. memang best. praktikum aku memula dapat kawad kaki tapi kitaorang mintak sir tukar so kitaorang dapat basketball. kalau kelas ko-k korang hari ahad/isnin camtu korang bolehla pilih tapi kalau last last tinggal kawad je la selalunya. sebenarnya aku memang tak reti main basketball, tapi kitaorang practice and finally our practicum won first place! gempak gila en. kalau buat filem, korang kena shooting apa semua sampai la satu tarikh tu korang persembahkan dekat student semua dekat dsl. kalau sukan macam kitaorang, korang kena handle semua benda sendiri. pengadil, bila nak lawan semua. korang kena buat report. memang best, boleh belajar cara handle. 

kemahiran dinamika pulak kelas korang bercakap je non-stop. kena present pengacaraan, manifesto, lepastu lagi dua tu tak ingat tajuk tapi individu dengan berpartner. memang best. kalau korang dapat lecturer yang strict sikit, korang kena present bercakap dekat dataran wawasan yang ramai orang, depan library tempat orang lalu lalang. masa aku, dapat present manifesto dekat dst pakai mic. memang feel macam bagi manifesto betul. memang dapat build confident kelas dinamika ni. ada juga ajar pegi interview macam mana semua. 

kelas agama or moral pula, belajar agama, menghafaz semua. macam kelas agama dekat sekolah tapi lagi lenggang depends on lecturer. masa aku, dapat ustaz yang bagi present sambil tengok notes dekat phone while kelas lain ada yang kena present based on al-Quran bebetul. 

tak lupa, ada juga kelas English untuk muet. sebab korang kena amik muet dekat matrics so takyah sesusah nak amik kat luar sendiri. kalau lecturer aku, tiap kali kelas english, mesti ada orang yang kena bagi public speaking 2minit dekat depan kelas untuk build confident for muet speaking. memang senang korang belajar untuk muet dengan lecturer berbanding belajar sendiri. 

kelas selalu start at 8am sampai 4pm. korang ada gap pukul 1-2pm. dan kalau kelas sains, seminggu tu selalunya ada 2gap je. kalau akaun banyak sikit gap dorang. so kalau ada roommate dak akaun, korang kena hati tabah sikit la sebab kekadang tengah siap nak gi kelas dorang tengah tido. 

habis kelas, selalunya pukul 5-7 tu ramai turun riadah. penuh padang main futsal, bola sepak, rugby, bola tampar, tennis. basketball dekat court tepi blok b lelaki. while padang tepi blok f. kalau bernasib baik, dapat sewa basikal dekat padang tu, rm1 kot tak silap main la pepuas pusing la kmj masa awal awal sem so takdela sesat. 

sebenarnya kmj ni kecik je. pusing pusing tempat sama je. masa study week, tiap hari aku turun pusing 2-3 round kmj lepastu duduk kat padang tempat sama je. cuci mata tengok orang main kat padang HAHAHAHAHA. janganla duk terperap je study masa orang turun riadah. stress woi. waktu study tu studyla, waktu petang camtu turun la riadah. hilangkan stress tu. malam sambung balik study. ramai je yang stay up study. depends la korang boleh stay up ke tak, jangan paksa diri.

dekat kmj ni, banyak je aktiviti yang ada. kalau hari raya, ada sambutan hari raya. ada annual dinner. masa kitaorang, batch first yang buat annual dinner serentak semua blok dekat dataran wawasan. yela student kan ramai tak muat dekat dsl.

nak cakap pasal matriks susah? matriks ni yela jadual pack tu yang orang cakap susah. pastu yang cakap susah tu pulak orang orang yang tak masuk matriks -.- aku pun tak faham. sebabtu sebelum masuk matriks, aku nak cabar diri aku. aku niat aku nak buktikan yang matriks ni tak susah pun. aku boleh survive dan berjaya kat matriks. alhamdulillah, aku berjaya. dapat jugak aku tutup mulut mulut orang yang memperlekehkan masa aku cakap aku nak masuk matriks.

nak cakap cara aku belajar takdela 24jam melekat kat buku. aku banyak tido sebenarnya kat matriks bila free. yela, hari lain kan pack. janganla ikut cara belajar aku, tapi memang since dulu cara belajar aku camni. roommates aku selalu cakap, "kau ni tak belajar pun boleh score". tak sebenarnya. aku ni jenis bila belajar, aku akan focus bebetul. dalam kuliah, even aku tak faham. aku akan still focus even mata sebenarnya dah tembus dah slide tu. (cuma kekadang tewas gak main phone dalam kuliah bila taktahan sangat and tak nampak sebab duduk belakang hihi). prinsip aku, restu lecturer tu penting. dari dulu aku amalkan ni dari zaman sekolah. memangla lecturer tu garang tahap apa sebab aku pernah ada pengalaman kena maki dengan lecturer garang dekat kmj memang sampai panjang gila ah kes ni (takde la sampai teruk sangat, antara praktikum aku je senanya) tapi aku tetap tanamkan sifat hormat dalam diri aku. sebab bagi aku, belajarla banyak mana pun, belajarla 24jam pun tapi kalau sekali kita sakitkan hati cikgu and dia tak restu ni, tak kemana. jadi hormat lecturer ni memang penting.

kalau korang tak faham pape korang boleh terus jumpa lecturer senanya. lecturer ni selalu ada je dekat admin tu. kalau lecturer sendiri takde, korang boleh tanya je lecturer lain. semua memang tak sabar nak ajar korang. makanan dekat admin tu pun banyak and sedaaaap lelagi dekat bahagian maths. memang selalu kena serbu tiap kali habis kelas pukul 4.

apa lagi aku belum cakap?

oh ye, nota semua tu masa aku, kena print sendiri daripada portal kmj yang disediakan. kena prepare nota sebelum masuk kuliah. sebabtu ramai bawak printer dekat sana. lepastu tutorial pun ada yang kena print sendiri, ada yang lecturer prepare. maybe kena bayarla. ada juga nota sampingan lecturer sediakan. so senanya bila awal awal masuk matriks ni kena sediakan banyak duit je sebab benda benda camni la. tapi mostly nota yang lecturer suruh beli tu berguna senanya. takyah banyak songeh sangat. dekat matriks je lecturer baik sediakan nota kat u pepandai la survive.

korang kena la bebaik dengan roommates korang. kesian tau aku tengok ada yang pindah bilik or duduk bilik kawan sebab tak rapat or even gaduh dengan roommates dorang. ada siap yang nak mohon tukar bilik. aku bersyukur gila sebab roommates aku semua jenis gegila sama kepala ngan aku. bila sakit susah, roommates gak yang ada. masa kat matriks banyak kali gakla aku sakit, dorang gak yang risau.

oh ye, kalau sakit ada je boleh pegi klinik atau hospital. ada dua trip, pukul 9pagi ngan 3petang. aku pernah 3-4kali gakla pergi klinik sebab demam and ada siap suspek denggi. sampai seminggu aku demam masatu. siap ponteng kelas sebab tak larat walhal aku ni sebenarnya bukan kaki ponteng and taknak ponteng sebab takut tertinggal. aku taktahu cemana ada yang sanggup tak datang kuliah semua cemana dorang boleh survive. sebab, kalau sekali korang skip kuliah selalunya korang terskip satu bab. dan bab dekat matriks ni berkait sampaila habis belajar. tu yang payah.

hmmmmmmmmmmm nanti kalau dah nak habis matriks tu, ramai je yang buat bbq. boleh buat dekat bahagian belakang blok d tu apatah nama dia lupa dah. masa aku buat tu, kitaorang lambat book tapi nasib ada slot kosong. korang kena book awal awal. sebab selalunya sebulan sebelum exam korang dah takleh buat bbq kat tempat tu. jamuan sendiri sendiri bolehla. book tempat tu dekat hep. memang bestla kalau buat bbq lelagi kalau korang tahu organise event so everything will goes smooth.

aku rasa dah cukup banyak tips&cerita pasal kmj aku citer. sorryla lambat post sebelum batch 17/18 masuk. busy sikit. harap still dapat bantu&even dapat share pengalaman aku yang paling manis sekali!:) serious tak rasa rugi masuk matriks sebab lepas habis matriks, hari hari rinduuuuuuuuuuuuuu. rindu kawan. yela mostly kawan dekat johor. cemana nak jumpa huhu. kalau aku ada update lagi yang aku tak citer pasal matriks, aku tambah kat bawah ni je. kalau korang ada citer pasal matriks yang korang nak citer or any soalan, tanya je. insyaAllah aku jawab.

for those yang tengah study matriks, goodluck&all the best! enjoy every moment dekat sana sebab you're gonna miss it later!!!!

salam sayang,
aniqah.


9 comments:

  1. Akak nk tnye dlm kls MD tuh brape rmai lelaki and brape rmai prmpuan?beza sngt ke gap die?


    ReplyDelete
    Replies
    1. takdela beza sangat. masa kelas akak dulu ada 10 perempuan and 9 lelaki

      Delete
  2. Akakkk, saya confuse dan takut lah hmm. Sebabnya, saya dah mohon matrikulasi, tapi plan dalam otak nak masuk form 6 sebab sekolah lama. Masalahnya, cikgu saya kata kalau dapat matrikulasi, takkan dapat form 6, saya pulak dah termohon. Satu lagi, saya tak pernah berjauhan dengan family 😭😭. Kalau saya masuk matriks, ambil akaun insyaAllah. Tapi kan, kalau masa spm ambil ekonomizmasuk matrikulasi ambil akaun, masa degree boleh ambil accounting ke ? Sebab saya tak pernah ada basic accounting ni 😥😥 pada pendapat akak, macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dik, so sorry for the late response! tak sure about mohon matriks takkan dapat form 6, tapi yang akak tahu kalau dapat matriks takkan dapat form 6 sebab boleh dapat salah satu je. tapi kalau adik nak jugak form 6 boleh je buat rayuan:)

      kalau berjauhan dengan family tu, akak dulu pun camtu tak pernah jugak. tapi trust me, 10 bulan dekat matriks sebenarnya tak rasa apa pun. nanti dah habis matriks confirm rindu gila! akak banyak kali throwback zaman matriks dengan kekawan degree.

      pasal amik akaun masa matriks and degree nak continue dengan akaun tu boleh je. akak ada few kawan yang memang amik akaun masa matriks and terus sambung dengan akaun bila degree.

      apa pun adik amikla apa yang adik rasa paling adik rasa paling sesuai dengan diri sendiri okay! jangan ikut orang. goodluck!:)

      Delete
    2. Terima kasih Aniqah. Saya nak tanya sikit, bolehtak pelajar membawa laptop, rak buku ke dalam bilik,container yang berisi barang personal?

      Delete
    3. boleh je bawak laptop sebab nak print notes camtu or keje lecturer bagi ada gak guna laptop kekadang. semua barang mention tu boleh bawak takde masalah

      Delete
  3. Hai kak,nak tanya...first three week laptop tu guna ke? Kalau macam nak bawak bekalan makanan macam biskut or mineral water boleh tak? And balik bermalam tu macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure la dah pakai laptop ke tak sebab dah lupa, sorry! any makanan air nak bawak pape boleh je takde masalahpun. lagipun memalam kalau lapar lepas pukul 10 tu cafe dah tutup usually. masa zaman akak (2016-2017) tu boleh balik malam sebulan tu sekali je or macam 3 minggu sekali. depends on hep cemana

      Delete
  4. Hai kak,nak tanya...first three week laptop tu guna ke? Kalau macam nak bawak bekalan makanan macam biskut or mineral water boleh tak? And balik bermalam tu macam mana?

    ReplyDelete