Tips on How I study in matrics!

Hi everyone,

on today's post I would like to share about 'tips' on how I 'study' in matrics. I am not that person yang semula jadi pandai ke apa dan aku bukanla jenis yang rajin sangat study tapi alhamdulillah result matrics aku 'okay'. so I feel like I want to share sikitla lagipun sebab aku bosan taktahu nak buatpe and aku rasa maybe untuk adik adik yang study kat matrics atau akan study kat matrics boleh membantu dorang camtulah ecewaaaaaahhhh.

bismillah, bukan nak berlagak ke apa, just nak membantu:)


  1. Fokus dalam kelas.

    Dekat matriks ni ramai yang tido dalam kuliah. Diaorang boleh dikategorikan as 'semula jadi pandai' so takyah dengar kuliah pun takpe atau 'semalam tak tido so penat sangat' atau 'memang malas nak dengar'. Lelagi sebab kuliahkan sejuuuuuuuuuuukkk. Tapi bagi aku, penat atau ngantuk atau bosan camne pun lecturer tu ajar, aku akan cuba fokus even pandangan mata aku kat slide tu cam nak tembus. Sebab aku rasa, ilmu tu masuk 20% pun takpela asalkan aku dengar dengan berkat lecturer daripada tido ke pe macam 1% pun tak masuk pastu takde berkat pulak. yes, aku memang rasa............

  2. Berkat lecturer tu penting.

    Memang since sekolah aku percaya dekat berkat restu ilmu daripada cecikgu ni. Sebabtu aku dengar gak apa dorang ajar even aku rasa dorang merepek tahpape LOL. Aku rasa kalau aku takde berkat cikgu ni, aku belajarla tekun camne pun tapi mesti aku tak dapat apa. Melainkan memang Tuhan bagi kau rezeki pandai semula jadi tanpa berkat cikgu tapi mesti at some point of your life, Tuhan tarik balik dan masatu baru kau sedar salah kau.

    Macam masa sem 2, aku ada conflict sikit dengan sorang lecturer ni. Terukla gak. Sampai rasa nak report nak tukar lecturer. Tapi, aku cakap dengan diri aku sabar. Semua ni ada hikmah. Aku tahan je dengan caci makian lecturer tu, alhamdulillah result subj lecturer tu meningkat daripada sem 1 punya.
  3. Study ikut kemampuan.

    Aku ada kawan yang study tahap tak tido malam pastu esok pagi pegi kelas menguap semua. Tolong eh tolong, study ikut apa kau mampu je. Takyah nak pressure kan diri. Yes, study memang susah tapi badan kau pun perlu rest. Kalau belajar bagai nak rak, sumbat semua ilmu tapi tak masuk buat apa ye dok?

    Macam aku ni, aku takleh study pepagi even orang cakap study pepagi ni bagus. Jadi aku tak buat. Aku buat time yang aku mampu je. Aku banyak tido kat matrics, tbh. SO bila petang tu aku banyak tido, waktu malam tu aku study bebetul. Selalu aku study memalam lepas maghrib pukul 8 camtu pastu isya' stop kejap solat pastu sambung balik sampai 11-12. Matrics aku ada orang baca al-mulk tiap malam, so time dorang baca aku kekadang dah stop belajar atau stop jap pastu sambung balik.

  4. Study ikut masa korang selesa study.

    Time belajar aku lain dengan roommates aku semua. Mana taknya, time aku tido dorang study. Time aku study dorang tido. Sebab kekadang aku stay-up gak. Kekadangla. Pastu ada roommate aku ni pulak time 8pagi camtu dah start belajar padahal aku tengah qada' tido pastu time aku dah bangun nak study dorang tido.

    So apa aku nak cakap, korang carila masa bila korang boleh study. Jangan paksa diri tengok roommates ke kekawan ke tengah study korang pun nak study. Waktu belajar kita memang lain daripada orang. Sebab time kita boleh study tu memang kita boleh fokus bebetul tahap macam dah belajar lama tapi time kita paksa diri tu kita belajar macam separuh masuk ke tak pun taktahula.

  5. Cari partner study.

    Maksud aku kat sini, kawan yang korang selesa nak suruh ajar, nak cakap korang tak pandai certain bab ni, yang boleh sesama pegi jumpa lecturer. Aku ada claasmate sorang ngan roommate aku sorang yang aku selesa tanya apa pun yang aku taktahu. Sebab ada certain orang ni bila kita tak faham dorang jawab balik macam perli tau:


    NI PUN TAKTAHU?

    BENDA SENANG JE KOT?

    ALAH MACAM CIKGU AJAR HARITU?

    CUBA CARI SENDIRI KAN DAH PERNAH AJAR?

    CAMNI PUN SALAH?

    AKU PUN TAKTAHU LA WEH

    TANYALA ORANG LAIN AKU TAKTAHU NAK AJAR

    serious aku pernah hadap orang camni yang buat aku malas nak tanya dah. So bila dah jumpa orang yang senang kita study sesama ni, baru senang. Pastu kita boleh compete cara sihat nak tengok sape lagi better pastu kalau salah sorang dapat markah rendah ke pe lagi sorang boleh tolong.

  6. Jumpa lecturer kalau tak faham.

    Serious pegi jumpa lecturer jangan pendam. Sebab topic kat matrics ni yang awal mesti berkait sampai habis. So bila one topic depan tu kau tak faham, topic belakang pun boleh hancur. Lecturer ni tak kesah pun, dorang memang tersedia nak mengajar. Lagi dorang suka kalau student selalu datang tanya tau.

  7. Buat tutorial.

    Kau dah tahu kau bodoh, pastu nak malas lagi, bila masanya kau nak pandai? Dahla bodoh pastu malas pastu nak exam, baru nak buat exercise pastu nak cari lecturer pastu tak dapat semuanya, pastu nak marah orang lain sebab takleh nak ajar, pastu masuk exam nak tawakal pada Tuhan. Tapi last last dapat result tak gempak nak marah-repeat.

    Rajin buat tutorial. Even aku tahu malas camne pun kau sebab aku pun pernah malas gila babs nak buat, tapi kalau kau takbuat cemana nak tahu yang mana kau takfaham semua?

    Okayla, contoh satu topic ada 5soalan. Try buat satu dua soalan dulu pun takpe. Ataupun, kau try buat mana kau mampu, taktahu terus tanya lecturer. Takpayah datang kelas tuto buku latihan kosong pastu tanya lecturer saya taktahu nak buat, bila lecturer nak tengok mana salah ke atau taktahu tapi buku kosong. Takde point tau buat camni. Menyakitkan hati lecturer je. BUAT SIKIT TAKPE TAPI JANGAN MALAS TAK BUAT LANGSUNG.

  8. Study 30-45minit pastu rest kejap.

    Otak kau bukan mesin nak sumbat semua ilmu. Aku selalu study fokus gegila, pastu bila nak hilang fokus dah aku stop jap. Main phone ke, baring jap ke, gossip ke, pastu aku sambung balik sampai keje aku siap. Bila aku dah rasa macam takleh masuk, aku stop. Aku tak paksa diri aku. Tapi aku tak gak jadikan alasan yang aku takleh.

  9. Study sambil dengar lagu.

    Maybe kalau subj yang menghafal tu takleh la. Tapi kalau macam tengah buat latihan ke atau kira kira ke buat maths kan, bolehla. Ataupun korang buat playlist yang macam panjangnya 30mins, so everytime playlist dah habis maknanya korang boleh stop jap. Music ni boleh tolong korang fokus. Lelagi kalau pakai earphone, kau boleh elak daripada manusia yang datang bilik kau buat bising. Pastu lagi laju kau buat keje sebab kau bersemangat.

  10. Baca kuat kuat atau macam mengajar orang.

    Maksud aku kat sini, contoh study chem, organic chem misalnya, korang kena banyak hafal dan kena faham. jadi bila kita macam mengajar balik benda tu dengan membaca kuat kuat, dapat tolong korang lagi senang faham. Sambil korang macam 'mengajar' tu korang boleh conteng conteng nota atau lukis apa apa ke buat mindmap untuk lagi senang faham. Tapi hormat gakla roommate lain yang nak study gak. kawal suara supaya tak ganggu dorang.

  11. Buat nota sendiri atau mindmap.

    SANGAT PENTING BUAT MINDMAP UNTUK CHEM LELAGI ORGANIC CHEM. Ni dapat bantu korang lagi cepat faham. Physics pulak, korang boleh listkan semua formula yang korang kena hafal so korang boleh bawak ke mana mana je untuk hafal. Takyah nak bawak nota yang tebal lagi berat tu. Lagi cantik nota korang buat, lagi semangat nak belajar tau senanya. Guna colourful pen, highlighters. Sebab dia lagi 'catch our eyes'. Tapi boleh je buat nota simple, depends dengan korang. Buat nota ni awal awal lepas dah belajar je terus buat. Bukannya esok nak exam, harini baru nak buat. Memang tak sempat. Buat nota ni macam mengajar korang balik pastu korang macam membaca balik nota tu sambil membuatnya. So ada faedah di situ.

  12. Doa sebelum dan selepas belajar.

    NI PALING PENTING. Doalah tenangkan hati sebelum belajar, doa ilmu bagi senang masuk. Aku selalu doa 'Ya Allah, aku mohon mudahkanla belajar aku agar aku mudah nak mengajar orang lain yang memerlukan ilmu ini'. Lagi berkat dan senang masuk. Sebab bila aku terlupa nak doa, aku mesti cam serabut gila. Pastu roommate aku tanya

    "kau doa tak tadi"

    Masatu baru sedar lupa nak doa. Lepas dah habis belajar, doa lagi "Ya Allah, janganla kau lupakan ilmu yang aku belajar, sekiranya aku lupa kau ingatkanlah". Sesungguhnya, doa itu sangat penting. Otak kita ni milik Allah. Jadi dengan Allah je la kita berharap.

So aku rasa sampai skang, ni je aku mampu bagi dulu. Kalau aku ada tips lagi, aku akan share lagi ehhhh. Harap berguna ah untuk korang yang maybe asyik suka tido cam aku tapi nak pandai. Yang penting usaha tau!


Salam sayang.
Aniqah

No comments:

Post a Comment